Aku Ceraikan Kau dengan Talak Tiga V. 1

By Hafizuddin An-Nuri on 11/21/2009 08:52:00 AM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...

Kita hidup di dunia pastinya pelbagai cabaran dan dugaan yang mendatangi secara luaran mahu pun dalaman , zahiriah mahu pun batiniah , langsung mahu pun tidak langsung . Sepatutnya ke atas kita untuk mengetahui secara kira-kira atau pun teori untuk diamalkan . Sesetengah manusia banyak pengetahuannya namun tidak ada kamaalu at-taufik untuk mengamalkan apa yang dipelajarinya . Ada sebahagian pula sangat suka untuk beramal tetapi tidak ada keinginan untuk menuntut ilmu , maka segala amalannya dikhuatiri menjadi dosa untuknya .

Perkara yang dikategorikan oleh Imam Al-Ghazali sebagai penghalang yang berada di tepi jalan , ia bukan berada di tengah laluan perjalanan kita , kuasanya bukan dengan menghalang secara mutlak tetapi sangat hebat dalam menarik perhatian kita .

Seumpamanya , kita ingin menghadiri satu kuliah agama , sepanjang perjalanan tiada yang menghalang seperti kesesakan atau masalah kenderaan , namun terdapat sebuah pasaraya yang baru sahaja dibuka dan promosi yang sangat hebat . Maka , lalailah kita dengan keasyikan . Kadang-kadang memang sudah ada niat untuk membeli dan bersama-sama senarai keperluan , tetapi kerakusan menyebabkan barang yang tidak ada dalam senarai lebih banyak daripada senarai .

Penghalang seperti ini tidak menyekat kita di tengah jalan , tetapi hanya di tepi jalan . Imam Al-Ghazali menyenaraikan penghalang seperti ini dalam kehidupan ada empat , 4 iaitu :

1. Dunia

Ini tidak bermaksud dunia tiada kebaikan untuk kita kerana dunia itu jambatan ke akhirat . Namun di sini dinyatakan bahawa perkara dunia itu sangat memberi banyak kejahatan berbanding kebaikan . Sebab itu , dalam sifat Syariah Islamiyah ada keperluan dalam dunia dan akhirat , dan akhirat itu yang utama .

Contohnya , seorang yang bekerja setiap hari pasti mudah untuk lalai untuk menjaga hubungan dengan penciptanya seperti solat berjamaah (tujuannya taqarrub ilallah) kerana sibuk dan letih dalam bekerja (tujuannya maslahah duniawiyah semata-mata) .

2. Makhluk

Makhluk di sini ditafsirkan sebagai makhluk sosial iaitu manusia . Manusia yang menjadi penghalang ini tidak semestinya orang yang jauh , tetapi ia mungkin boleh jadi ahli keluarga sendiri seperti anak-anak atau sahabat-sahabat sekeliling .

Sebagai contoh mudah , seorang bapa yang sangat lazim dalam aktiviti sehariannya solat berjammah di masjid . Tetapi ada satu masa , diajak oleh anak-anak untuk keluar membeli . Mula-mula ditolak , namun apa daya seorang bapa kecuali mengikut kehendak anak-anak tersayang . Diikut kehendak anaknya sekali , kemudian dua kali . Akhirnya , sampai habis peluangnya kerana anak-anak .

3. Syaitan

Bisikan syaitan amat hebat , kerana kita tidak mendengarnya namun selalu mengikut saranan syaitan durjana . Syaitan , sememangnya bidang tugas mereka untuk menganggu dan menghalang manusia mencari sang pencipta yang agong dan melakukan kebaikan . Syaitan amat licik dan mempunyai pelbagai helah , strategi serta taktik yang tidak jemu-jemu untuk dikenakan kepada manusia . Mereka menggunakan apa sahaja termasukla sayap kiri insan bernama lelaki , perempuan .

Umpama seorang suami ingin melakukan sesuatu kebaikan tetapi di'nasihat' isteri supaya berpada-pada membuat kebaikan . Jangan dibuat baik sangat dengan orang lain , kerana Islam mengajar berpada-pada . Suami mana yang tidak mahu menerima nasihat walaupun ada sedikit ego , namun itu adalah nasihat daripada isteri tersayang . Begitulah hebatnya syaitan yang menggunakan perempuan .

4 . Nafsu

Ada riwayat menyatakan bahawa jihad paling besar adalah jihad melawan nafsu . Itulah digambarkan betapa kuat dan hebatnya nafsu kita . Nafsu bersifat dengan sifat yang tidak baik dan jahat , hanya kewarasan akal yang dibimbing oleh ilmu agama yang mampu mengawalnya , itupun bukan semua orang mampu .

Nafsu adalah datangnya daripada individu sendiri atau kita sendiri . Dengan perkataan mudah , segala-galanya atas kita . Tidak ada kaitan dengan individu lain .

Sebagai contoh , seorang pelajar pondok mempunyai azam dan tekad yang kuat disertai niat yang suci untuk menimba ilmu sebaik-baiknya di pusat pengajian pondok . Tetapi , masalah kewangan menjadi halangan untuk meneruskan hidup kerana tiada sumber , ibu ayah sudah dipanggil penciptanya . Jadi , demi meneruskan hidup dan pengajiannya , maka dia mencari kerja dengan menolong orang lain berniaga . Kerjanya sekali seminggu kerana hari lain dipenuhi dengan pengajian ilmu .

Lama-kelamaan , apabila sudah banyak perkara yang dibuat seperti mencari sumber perniagaan , mencari pelanggan dan sebagainya , maka di situ dia sudah menjumpai satu jalan untuk menjadikan sumber kewangan yang baik . Dikhuatiri , perniagaan yang hanya sekadar untuk menampung kehidupan belajar menjadi aktiviti utama dalam kehidupan . Maka pelajarannya terabai dan terus ditinggalkan . Itulah kekuatan nafsu .

5 . Tertib

Imam Al-Ghazali meletakkan tertib sebagai mengikut kadar semakin susah dan semakin kuat . Iaitu dunia perkara yang lebih ringan kadar susahnya berbanding nafsu .

Bersambung...

Sekadar perkongsian daripada penimba ilmu yang masih jahil . Sebarang pembetulan dan penambahan amat dialukan .

SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com

hafizmn88@yahoo.com.my


0 comments for this post