Kehidupanku Di Kampus Sebagai Mahasiswa

By Hafizuddin An-Nuri on 7/30/2008 10:06:00 AM

Filed Under:

Assalamualaikum dan salam ukhuwah untuk semua sahabatku yang disayangi kerana Allah….khususnya kepada sahabat-sahabat yang baru sahaja melangkah masuk ke alam kampus….

Adakah sudah cukup semua persediaan yang anda lakukan sebelum masuk kampus?? Adakah sudah cukup syarat untuk melayakkan anda semua berada di kampus dengan bersyaratkan keputusan SPM yang bagus?? Adakah cukup kelengkapan yang kalian semua sediakan seperti pakaian-pakaian baru untuk ke kuliah, kasut baru bersertakan stokin yang matching warnanya untuk dipakai ke kuliah??

Sahabat-sahabatku sekalian….

Sedarlah kehidupan di kampus jauh sekali perbezaannya berbanding di alam persekolahan dulu. Di sekolah ada guru yang selalu berada bersama kita dan bimbangkan masalah-masalah kita sepanjang berada di sekolah bahkan di rumah. Jika kita tidak tinggal di asrama, kita ada famili untuk bertanyakan sebarang permasalahan sepanjang kehidupan kita seharian….

Tapi, di kampus…..adakah ada pensyarah yang sentiasa cakna kapada kita dan akan mengadakan program sebelum peperiksaan?? Adakah ibu @ ayah kita akan berjumpa dengan kita untuk memberi tunjuk ajar @ menyelesaikan permasalahan untuk kita?? JAWAPANNYA….semua itu hanya di sekolah...di kampus hanya kita yang mampu membawa diri ini untuk melakukan apa-apa sahaja...semuanya di tangan kita yang masih mampu lagi...semuanya di kaki kita yang mampu membawa kita ke mana arah tuju kita di kampus ini…

Jadi….apa yang kita mahu lakukan sekarang?? Adakah hanya menunggu dan terus menunggu apa yang akan terjadi pada diri kita ini?? Adakah kita ingin mengikut segala perubahan yang berlaku dan biarkan diri kita ini berubah sama sekali?? Kalau dulunya seseorang itu begitu susahnya untuk menanggalkan kopiahnya walau dalam bilik sekalipun tetapi akhirnya berjaya ditutupkan kepalanya dengan topi...Kalau dulunya jika dihadiahkan sehelai baju kurung kepadanya, tidak dipakai tetapi disimpan sebagai kenangan kerana jubah menjadi pilihan utama sebagai pakaiannya tetapi sanggup dan sampai hatinya merebut T-shirt kesayangan adiknya….

Kalau pada bulan pertamanya di kampus....masih boleh ikut peraturan dirinya yang diaplikasikan dari rumah seperti solat pada waktunya...apabila mendapat panggilan telefon daripada ibu @ ayah ditanyakan keadaannya maka dijawab ”Alhamdulillah abah....tak ada masalah...semuanya baik...”...tetapi pada pertengahan semester...sudah berjaya menukar identiti daripada seorang yang dikatakan sivik kepada status lebih maju....manakan tidak maju...mulut sudah berasap...orang lain membelanjakan duit untuk membeli makanan tetapi dia membelanja kawan-kawan untuk menghidup asap yang percuma.....Masya Allah....sahabatku....

Kesimpulannya...pesediaan utama yang perlu kita lakukan adalah dari segi ilmu agama untuk mempertingkatkan diri kita...kita mestilah melakukan satu perubahan besar dari segi mentaliti kita...kita mesti sedar bahawa status kita sekarang bukan lagi sebagai pelajar sekolah, yang bergantung kepada guru-guru semasa di sekolah, yang mengharapkan ibu bapa tatkala berada di rumah…..tetapi kita adalah mahasiswa universiti yang akan memutuskan sendiri setiap keputusan dalam hidup kita,yang mana akan menjadi suara kepada rakyat Malaysia seterusnya memperjuangkan agama ALLAH di muka bumi ini...

Jadi sama-samalah kita mangambil i'tibar dari sedikit perkongsian ini....

Wallahua'lam....

smile alwayzzzzz............