Da'wah Berpolitik

By Hafizuddin An-Nuri on 11/19/2009 03:35:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...

Kita dapat melihat , mendengar serta bersuara tentang pelbagai isu pada hari ini yang menunjukkan pelbagai ragam dan aksi para pemimpin , ulama' serta orang kenamaan . Politik hari ini telah mengajar kita untuk mengenal sekaligus mengkritik seseorang tanpa usul periksa dan kajian yang mendalam . Politik ajaran kita mengajar untuk bermain isu supaya dapat mengambil perhatian rakyat dan terus menyokong sesebuah pihak itu .

Saya terlebih dahulu ingin menyatakan bahawa saya tidak layak untuk berbicara hal politik terlalu dalam kerana kedhaifan diri ini namun tetap mengikutinya kerana segala aktiviti dalam kehidupan kita adalah Islam termasuk politik .

Kita cuba renungi balik sirah nabawiyah , Rasulullah S.A.W mengajar tentang politik sejak membawa da'wah islamiyah lagi . Rasulullah S.A.W meletakkan kefahaman aqidah islamiyah dan akhlaq mulia sebagai tahap yang utama yang perlu didahulukan yang bermula di Kota Makkah selama 13 tahun , kemudian barulah baginda membawa kefahaman tentang kelebihan amalan-amalan Islam serta yang bersamaan dengannya yang menyusul di Madinah Al-Munawwarah selama 10 tahun .

Tetapi pada hari ini , ahli politik suka untuk bermain isu mahupun dalam pengajaran agama atau apa-apa sahaja selagi dapat membawa keuntungan . Contohnya , fitnah terhadap ulama' yang ingin beribadah dianggap rasuah , penangkapan mereka yang ingin menyampaikan hal-hal agama kerana tidak bertauliah sedangkan maksiat yang bertauliah berleluasa dan banyak lagi yang menjadi penghalang untuk para penda'wah .

"Islam is the way of life , politics part of life , so politics is the Islam"

Dalam karangan Fathi Yakan , 5 perkara yang akan menghalang da'wah penda'wah atau seorang yang ingin memberi komitmen yang sepenuhnya kepada Islam :

1 . Orang Mu'min yang dengki kepadanya
2 . Orang Munafiq yang benci kepadanya
3 . Orang Kafir yang mahu memeranginya
4 . Syaitan yang hendak menyesatkannya
5 . Nafsu yang sentiasa bertarung dengannya

Sekadar renungan bersama bagi semua aktivis dan penggerak gerakan da'wah islamiyah tidak kira dengan apa cara sekalipun termasuk bidang politik yang dianggap sebahagian orang Islam bahawa politik itu kotor , hakikatnya politik itu ajaran Islam , tetapi orang yang membawa dan mengaplikasikannya itu kotor .

Ayuh bersama-sama kita kembalikan aqidah islamiyah yang sahih serta akhlak-akhlak mulia di sisi Islam . Pengabdian kepada Rabbul 'Izzati itulah keperluan kita sebagai individu Muslim yang sejati .

Sekadar perkongsian bersama daripada insan yang masih jahil . Sebarang pembetulan dan penambahan amat dikehendaki .

SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com

hafizmn88@yahoo.com.my


0 comments for this post