Kumpulan Kata-kata Nasihat 1

By Hafizuddin An-Nuri on 8/16/2011 12:58:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...



TAQWA

Taqwa itu apabila diterjemah kepada bahasa Melayu, maksudnya takut. Mana mungkin sifat takut yang digunakan untuk takut seperti takut kepada harimau dan singa yang semakin ingin dijauhkan diguna pakai juga untuk takut kepada Allah. Kerana Taqwa itu semakin mendekatkan diri kepada Allah.

HATI

Hati adalah tempat bersemadi segala jenis perasaan. Suka, duka, cinta, benci, marah, buruk sangka, ingin dipuji, geram, dendam, gembira, tenang dan sebagainya. Jagalah hati kerana hati itu sifatnya berbolak-balik.

SIFAT ALLAH

Allah berkuasa mengadakan dan meniadakan tiap-tiap perkara yang harus ada dan tiada dengan sifatNya Qudrah (Kuasa). Dan tiap-tiap perkara itu ada dan tiada dengan kehendak Allah yang bersifat dengan Iradah (Berkehendak). Allah berkehendak dengan tiap-tiap sesuatu itu bukan dengan sia-sia kerana Allah itu bersifat dengan 'Ilm (Mengetahui).

AMALAN

Amalan masa tua kita akan ditentukan masa muda kita. Jika rajin kita mencari ilmu dan beribadah semasa muda, insyaallah akan dilazimi sehingga tua. Jika banyak zikir dan doa yang kita munajatkan kepada Allah semasa muda, insyaallah akan terbawa-bawa sehingga tua. Semangat anak muda itu membara-bara. Sesungguhnya setiap saat hidup ini adalah saat terakhir.

AURAT PEREMPUAN

Dan aurat perempuan yang merdeka iaitu sekalian badannya melainkan mukanya dan tapak tangannya. Labuhkanlah tudung melepasi dada daripada kelihatan bentuknya. Labuhkanlah pakaiannya supaya tidak ketat dan tidak nampak akan bentuk tubuhnya. Tutupilah kakinya dengan sarung kaki agar sempurna tutup aurat itu. Terleka daripada menutup akan aurat neraka tempatnya.

[Hafizuddin An-Nuri]



2 comments for this post

enta nak bwt glosari ko gapo ni din? :)

Posted on August 16, 2011 at 3:15 PM  

hehehe..blh blako Eee..asal benda baik=)

Posted on August 16, 2011 at 3:33 PM