1 Syawal Kembali Kepada Fitrah

By Hafizuddin An-Nuri on 8/30/2011 07:33:00 AM

Filed Under: ,

Assalamualaikum & salam ceria...


Allahuakbar!

Allahuakbar!

Allahuakbar!

Walillahil Hamd!

Semoga Allah terima segala amalan kita. Pemergian Ramadhan pasti akan dirindui oleh sekalian makhluk bumi. Kehadiran Ramadhan yang sekejap itu pasti akan ditangisi bagi orang-orang yang melaluinya dengan penuh kecintaan. Rasa cinta ini hanya datang pada orang yang bertaqwa. Sesungguhnya teringin pergi bersama Ramadhan. Betapa rindunya kepada Ramadhan seolah-olah mahu meminta kematian untuk pergi bersamanya berjumpa Allah namun hakikatnya bukan itu yang perlu dipinta. Itulah cinta dan rindu yang teramat sangat.

Hasil Ramadhan adalah selepas Ramadhan. Betapa indah Ramadhan, Syawal muncul sebagai hari graduasi kepada ummat yang berjaya mencapai taqwa. Solat berjamaah, baca Al-Quran, qiyamullail dan sebagainya pasti dirindui bersama Ramadhan namun, kesinambungan selepas Ramadhan adalah kayu ukurnya.

Eidul Fitri hanyalah sehari. Tiada wujud hari raya pertama, hari raya kedua dan seterusnya. Ianya adalah ciptaan manusia semata-mata yang hanya inginkan kegembiraan dan keseronokan dalam diri. Eidul Fitri datang sebagai tanda keberjayaan ahli Ramadhan yang kembali kepada fitrah. Fitrah manusia yang hanyalah inginkan kebaikan, keelokan dan kecintaan daripada sang Pencipta. Itulah hakikat walaupun ramai manusia hidup dengan limpahan keseronokan nafsu sendiri.

Fitrah manusia yang inginkan keampunan dariada Allah. Semoga Allah mengampunkan dosa kita semua. Semoga Allah menyayangi dan mencintai kita. Fitrah manusia adalah seperti seorang bayi, yang tiada punya dosa dan kekotoran pada diri. Begitu juga dosa dengan manusia. Semoga kalian maafkan aku, aku maafkan kalian. Sesungguhnya dosa dengan makhluk, hanya makhluk bisa mengampunkannya.

Permohonan maaf dipinta khususnya buat sahabat-sahabat dan guru-guru di Sek. Keb. Seri Chempaka, Maahad Muhammadi (Lelaki), Pusat Asasi UIAM Nilai, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Gombak, guru-guru pengajian kitab, sahabat-sahabat Facebook dan seluruh ummat Islam di dunia. Maaf Zahir Dan Batin.

Taqabbalallahu Minna Wa Minkum

[كل عام وانتم بخير]


1 comments for this post

slamat ary rayo abe judin...dae lgu wak entry bru,,hahaha..nice

Posted on August 30, 2011 at 10:40 AM