Assalamualaikum & salam ceria...
BERSIH 2.0 masih memanaskan dunia politik Malaysia. Walaupun jelas perhimpunan rakyat ini dikepalai oleh pelbagai NGO di Malaysia, namun sokongan parti politik pembangkang menyebabkan BERSIH 2.0 dilabelkan kerajaan sebagai agenda Pakatan Rakyat. 8 tuntutan BERSIH 2.0:
1. Bersihkan senarai undi
2. Mereformasikan undi pos
3. Gunakan dakwat kekal
4. Masa kempen minima 21 hari
5. Akses media yang bebas dan adil
6. Kukuhkan insitusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor
SPR mendakwa bukan semua tuntutan ini dapat dilaksanakan oleh pihaknya. Namun satu kejayaan besar jika pihak SPR berjaya bebas daripada pengaruh kerajaan dan pembangkang. SPR bersih daripada unsur politik kepartian. Arahan kerajaan bukan untuk SPR kerana pihak kerajaan juga berwatakkan parti politik. SPR merupakan satu suruhanjaya bebas.
Tidak adil dan tidak patut bagi seorang pengadil perlawanan bola sepat mempunyai sikap berpihak kepada pasukan yang diminatinya. Lebih hina lagi sekiranya pengadil tersebut mempunyai hubungan dengan salah satu pasukan.
Saya masih hairan dengan SPR, setiap pemilih yang sudah cukup umur 21 tahun mestilah mendaftarkan diri untuk melayakkan dirinya mengundi dalam PRU. Satu polisi yang terlalu ketinggalan dan kuno. Sedangkan pada zaman teknologi canggih ini, semuanya automatik. Data senarai seluruh rakyat sudah disimpan, SPR dengan mudahnya mampu untuk mendaftarkan secara automatik.
SPR wajib contohi universiti. Sehingga hari ini, semua mahasiswa dan mahasiswa akan turun mengundi dalam pilihanraya kampus. Mereka tidak perlu bersusah payah untuk mendaftarkan diri mereka sebelum mengundi. Mahasiswa yang berdaftar dengan universiti secara automatiknya menjadi pengundi. Itulah yang patut diaplikasikan oleh SPR. Setiap warganegara yang mencapai umur 21 tahun layak mengundi dalam PRU.
Pada pendapat saya, mustahil bagi kerajaan untuk memenuhi tuntutan rakyat kerana tuntutan itu akan menyebabkan terjejasnya kredibiliti sebagai sebuah kerajaan yang sedang unggul namanya di persada dunia. Paling dikhuatiri, kekalahan dalam PRU-13 kerana tragedi tersebut akan menyebabkan satu perubahan besar kepada negara sekaligus akan meletakkan status parti politik dalam kerajaan kepada pembangkang.
Tegasnya, SPR masih ada peluang untuk merubah polisi yang ditentukan. Pentingnya kajian yang bersifat akademik dan fakta. Seandainya perubahan ini mampu dibuat oleh SPR, maka satu legasi hebat kepimpinan SPR telah ditinggalkan oleh Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

0 comments for this post