Assalamualaikum & salam ceria...
عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال إذا جاء رمضان فتحت أبواب الجنة وغلقت أبواب النار وصفدت الشياطين
Daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah Selawat dan Salam Ke Atas Baginda bersabda: Apabila tiba bulan Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu.

Datangnya Ramadhan saban tahun, menjadi sinonim bagi rakyat Malaysia beragama Islam dengan puasa. Berpuasa itu hukumnya wajib pada bulan yang mulia ini. Ramadhan merupakan bulan kemuncak setiap tahun yang ditunggu-tunggu oleh para perindunya. Ramadhan merupakan bulan pakej bagi orang-orang yang menuju ke jalan taqwa. Allah berfirman dalam Al-Quran:
Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu untuk bepuasa seabagaimana telah diwajibkan ke atas umat yang terdahulu semoga kamu semua bertaqwa. [Al-Baqarah:183]
Analogi seperti pakej haji. Seseorang yang menempah pakej untuk menunaikan haji di Makkah bukan hanya sekadar membeli tiket ke Makkah. Dalam pakej tersebut, disediakan tempat menginap, servis makanan, tempat berkumpul dan seluruh perjalanan bermula menaiki kapal terbang hingga pulang kembali. Begitulah Ramadhan, datangnya bukan sekadar puasa, dalamnya terdapat segala rahmat Allah.
Antara servis yang mampu dilakukan untuk dilalui agar kehadiran Ramadhan tidak sia-sia:
1-Puasa
2-Sahur
3-Tilawah Al-Quran (paling kurang sekali khatam)
4-Sedekah
5-Terawih
6-Qiamullail
7-I'tikaf
8-Zakat
9-Menjamu orang lain berbuka
10-Banyak lagi perkara-perkara kebaikan
Itu hanyalah sekadar contoh yang mampu kita laksanakan khususnya pada bulan Ramdhan ini. Cantik dan indahnya Ramadhan Allah sediakan 3 fasa untuk dilalui oleh kita semua yang menuju visi taqwa. Rasulullah bersabda:

Bulan Ramadhan, pada awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan pengakhirannya pembebasan daripada api neraka.
Fasa 1: Rahmat
Fasa 2: Keampunan
Fasa 3: Pembebasan daripada api neraka
Sepanjang bulan Ramadhan juga, Allah menyediakan pelbagai laluan dan peluang untuk kita rebut. Pastinya tiada had dalam rebutan ini. Pakej istimewa ini bukan hanya 'siapa cepat dia dapat' tetapi 'siapa buat dia untung'. Khusus hanya pada bulan Ramadhan. Rasulullah bersabda lagi:

Barang siapa melakukan satu ibadah sunnah pada bulan Ramdhan, maka ganjarannya seperti melakukan ibadah wajib pada bulan selain Ramdhan. Dan barang siapa yang melakukan ibadah wajib pada bulan Ramadhan, maka ganjarannya seperti melakukan 70 ibadah wajib pada bulan selain Ramdhan.
Antara kelebihan khas yang disediakan hanya pada bulan Ramadhan:
1- Pintu syurga dibuka seluas-luasnya
2- Pintu neraka ditutup serapat-rapatnya
3- Syaitan dibelenggu dan diikat
4- Nilai ibadah sunnah menyamai nilai ibadah wajib
5- Nilai ibadah wajib menyamai nilai 70 ibadah wajib
6- Malam Al-Qadr yang bernilai lebih seribu bulan
7- Bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi daripada kasturi
8- Kegembiraan yang dikecapi oleh orang yang berpuasa iaitu semasa berbuka dan semasa bertemu Allah
9- Banyak lagi kelebihan yang Allah sediakan khas untuk hambanya pada bulan Ramadhan
Maka beruntunglah bagi sesiapa yang mengejar segala peluang ini. Dan sangat rugi bagi mereka yang masih berada di pekuk lama, tidak berubah. Persiapan rapi dan latihan mesti dipersiapkan untuk bertemu tetamu khas ini, Ramadhan.
Ramadhan bulan berkat. Ramadhan bulan redha. Ramadhan bulan 'pakej'.
Ramadhan Karim, Allahu Akram.
Segala kekurangan harap mendapat keampunan Allah. Segala kesilapan harap dimaafkan dan diperbetulkan.

0 comments for this post