Assalamualaikum & salam ceria...
Pengeluaran akhbar Harakah yang berorientasikan gerakan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menerima pelbagai cabaran dan sekatan untuk memastikan berita yang telus dan agenda kebenaran sampai ke tangan rakyat. Tidak dinafikan Suara Keadilan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut diperlaku dengan cara yang sama. Walaupun Harakah mempunyai permit untuk diterbitkan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) tetap mengehadkan pengeluarannya. Tidak cukup dengan itu, beberapa institusi naungan kerajaan mengharamkan kemasukan akhbar tersebut.
Dalam merangka strategi untuk memastikan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan ditingkatkan, pelbagai akta diwujudkan. Tidak dapat dinafikan, sememangnya akta menjadi keperluan untuk sesebuah kerajaan pentadbiran bagi memastikan pemerintahan berjalan dengan lancar tanpa ganggu gugat pihak-pihak lain. Namun, hari ini sesebuah pentadbiran yang mempunyai kepentingan tidak sahaja akan menggunakan undang-undang sebagai usaha untuk memastikan keamanan rakyat, bahkan lebih daripada itu untuk menyekat golongan-golongan yang dianggap boleh menjatuhkan pihak kerajaan.
Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 diperkenalkan bagi mengawal pengeluaran lesen mesin cetak serta permit penerbitan untuk pelbagai media cetak termasuklah akhbar parti politik dan akhbar harian.
Facebook dan perisian. Pelbagai tafsiran boleh dibuat berdasarkan cadangan tersebut, secara umumnya ia boleh dimaksudkan dengan pemantauan pihak kementerian terhadap sebarang penerbitan di alam maya, internet termasuk akhbar atas talian, laman web, blog, Facebook dan sebagainya.
Rentetan penggulingan kerajaan Ben Ali di Tunisia, kebangkitan rakyat semakin menular dalam kalangan pemuda-pemuda di seluruh dunia. Peranan alam maya antara punca di sebalik kisah penggulingan kerajaan tersebut. Terbaru, usaha gigih sedang dilakukan oleh rakyat Mesir untuk menjatuhkan Hosni Mubarak.Facebook ciptaan Yahudi dimanfaatkan dengan sebaiknya. Hubungan dan perkongsian maklumat antara masyarakat hari ini hanya berkitar dalam ruang lingkup internet.
Mengambil iktibar yang berlaku di Tunisia dan Mesir dilihat sebagai faktor pendesak terhadap cadangan pindaan akta tersebut ke arah aspek yang lebih luas. Pihak kerajaan yakin kepercayaan dan sokongan rakyat terhadap kerajaan turun mendadak akibat daripada bermacam-macam kes dan isu yang tidak baik didedahkan melalui saluran alam maya. Pengtahuan rakyat yang semakin luas dalam menilai baik dan buruk menyebabkan tindakan drastik diambil dengan mencadangan akta tersebut bukan sahaja memantau penerbitan cetakan semata-mata.
Cadangan yang diutarakan KDN dilihat sangat bercanggah dengan Kebebasan Hak Asasi (Fundamental Liberties) yang terkandung dalam Bahagian II Perlembagaan Persekutuan. Warganegara Malaysia dijamin dalam Perkara 10 iaitu Kebebasan Bercakap, Berhimpun dan Menubuhkan Persatuan.
Hak-hak tersebut adalah tonggak dalam menjayakan sistem demokrasi di negara kita. Ia juga turut dinyatakan dalam Hak Asasi Manusia Sejagat (Universal Human Rights Fundamental Liberties). Kebebasan Bersuara (Freedom of Speech) dinyatakan dengan jelas dalam Perkara 10(1)(a) yang berbunyi, "Tiap-tiap warganegara berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran". Namun begitu, ia mestilah berpandukan rasional dan tidak melampaui batas.
Cadangan ini pastinya mendapat tentangan dan bantahan yang hebat daripada kumpulan-kumpulan media bebas. Ini kerana, media-media alternatif inilah yang menjadi tumpuan dan perhatian rakyat pada hari ini. Sebaran-sebaran maklumat terkini sentiasa dikemaskinikan. Pemikiran rakyat berorientasikan alam maya tidak boleh disekat dan diaktakan.
Dalam merangka strategi untuk memastikan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan ditingkatkan, pelbagai akta diwujudkan. Tidak dapat dinafikan, sememangnya akta menjadi keperluan untuk sesebuah kerajaan pentadbiran bagi memastikan pemerintahan berjalan dengan lancar tanpa ganggu gugat pihak-pihak lain. Namun, hari ini sesebuah pentadbiran yang mempunyai kepentingan tidak sahaja akan menggunakan undang-undang sebagai usaha untuk memastikan keamanan rakyat, bahkan lebih daripada itu untuk menyekat golongan-golongan yang dianggap boleh menjatuhkan pihak kerajaan.
Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 diperkenalkan bagi mengawal pengeluaran lesen mesin cetak serta permit penerbitan untuk pelbagai media cetak termasuklah akhbar parti politik dan akhbar harian.
Akta ini mempunyai beberapa garis panduan bertujuan mengawal segala kandungan penerbitan supaya tidak menyinggung perasaan orang lain, mengelirukan masyarakat melalui kenyataan yang tidak benar, memudaratkan keselamatan negara dan menggugat keharmonian negara dengan menyentuh isu perkauman.
Akta tersebut mempunyai tujuan yang sangat baik dan terjamin untuk kebaikan umum. Pada masa yang sama, perlu dilihat dan dikaji kembali bahawa peraturan tersebut mestilah bertepatan dengan semasa dan tidak membebankan pihak-pihak tertentu. Kerenah birokrasi juga boleh menjadi punca kelembapan kepada kumpulan-kumpulan media untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat.
Rentetan penggulingan kerajaan Ben Ali di Tunisia, kebangkitan rakyat semakin menular dalam kalangan pemuda-pemuda di seluruh dunia. Peranan alam maya antara punca di sebalik kisah penggulingan kerajaan tersebut. Terbaru, usaha gigih sedang dilakukan oleh rakyat Mesir untuk menjatuhkan Hosni Mubarak.
Mengambil iktibar yang berlaku di Tunisia dan Mesir dilihat sebagai faktor pendesak terhadap cadangan pindaan akta tersebut ke arah aspek yang lebih luas. Pihak kerajaan yakin kepercayaan dan sokongan rakyat terhadap kerajaan turun mendadak akibat daripada bermacam-macam kes dan isu yang tidak baik didedahkan melalui saluran alam maya. Pengtahuan rakyat yang semakin luas dalam menilai baik dan buruk menyebabkan tindakan drastik diambil dengan mencadangan akta tersebut bukan sahaja memantau penerbitan cetakan semata-mata.
Cadangan yang diutarakan KDN dilihat sangat bercanggah dengan Kebebasan Hak Asasi (Fundamental Liberties) yang terkandung dalam Bahagian II Perlembagaan Persekutuan. Warganegara Malaysia dijamin dalam Perkara 10 iaitu Kebebasan Bercakap, Berhimpun dan Menubuhkan Persatuan.
Hak-hak tersebut adalah tonggak dalam menjayakan sistem demokrasi di negara kita. Ia juga turut dinyatakan dalam Hak Asasi Manusia Sejagat (Universal Human Rights Fundamental Liberties). Kebebasan Bersuara (Freedom of Speech) dinyatakan dengan jelas dalam Perkara 10(1)(a) yang berbunyi, "Tiap-tiap warganegara berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran". Namun begitu, ia mestilah berpandukan rasional dan tidak melampaui batas.
Cadangan ini pastinya mendapat tentangan dan bantahan yang hebat daripada kumpulan-kumpulan media bebas. Ini kerana, media-media alternatif inilah yang menjadi tumpuan dan perhatian rakyat pada hari ini. Sebaran-sebaran maklumat terkini sentiasa dikemaskinikan. Pemikiran rakyat berorientasikan alam maya tidak boleh disekat dan diaktakan.
0 comments for this post