Assalamualaikum & salam ceria...
Media Prima melalui stesen TV3 telah memaparkan satu lagi bentuk siaran pemesongan aqidah yang melampaui batas apabila iklan Aidilfitri dicampurkan dengan unsur-unsur agama Kristian, Buddha dan Hindu seperti wujudnya beca terbang Santa Claus, pelita dan teratai. Dalam aqidah Islam, tiada kompromi walaupun sedikit.
Isu ini telah dihebahkan melalui medium facebook. Terbaru, Dewan Pemuda PAS juga telah menghantar surat bantahan kepada TV3 sendiri dan Kementerian Penerangan. Demi menjaga prestasi TV3, pihak terbabit telah pun memohon kemaafan melalui Berita Utama dan menarik balik iklan kontroversi tersebut.
Walaupun pihak TV3 telah memohon maaf secara terbuka, namun dikhuatiri iklan yang telah tersebar beberapa seketika ini mampu mempengaruhi anak-anak kecil yang masih mentah lagi. Media elektronik memainkan peranan yang sangat besar terhadap pengaruh anak kecil pada hari ini.
Justeru, pihak TV3 bukan sahaja hanya perlu menarik dan menutup siaran-siaran yang mengelirukan, bahkan mereka juga perlu memperbanyakkan siaran-siaran pemahaman agama secara mendalam melalui medium yang sangat besar pada hari ini.
Pihak kerajaan melalui kementerian-kementerian yang ada perlu memperluaskan skop penyampaian agama Islam kepada rakyat muslim Malaysia khususnya. Sudah sampai masanya pihak yang berautoriti tinggi berperanan secara serius dalam mengendalikan masalah dan gejala negatif di Malaysia termasuklah isu aqidah, akhlak dan budaya masyarakat.

0 comments for this post