GAMAT

By Hafizuddin An-Nuri on 9/09/2010 01:06:00 AM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...


Menggabungkan semua anak muda di kampus mahu pun luar kampus yang berada di seluruh pelusuk Malaysia yang:

1-Menyokong Tuntutan Royalti oleh Kerajaan Negeri Kelantan yang dibuat oleh Tuan Guru Nik Abd Aziz

2-Menuntut Royalti Minyak Kelantan dikembalikan semula sebagai hak Kerajaan Negeri Kelantan.

Tuntutan GAMAT adalah seperti berikut:

1. Berikan hak royalti yang sepatutnya kepada rakyat Kelantan tanpa ada sebarang diskriminasi

2. Jangan tipu rakyat yang sudah maklum tentang fakta dan isu royalti yang berlaku

3. Besikap adil kepada rakyat Kelantan tanpa mengira batasan politik kerana kita rumpun 1Malaysia

4. Mahasiswa akan membawa isu ini ke kampus sekiranya ia tidak diselesaikan secara berhemat

Pihak GAMAT berharap anak-anak muda dapat bersatu demi menjaga hak dan maruah kerajaan Negeri Kelantan yang ditindas sehingga ke hari ini. GAMAT tidak berpihak kepada mana-mana parti politik di Malaysia dan mengalu-alukan semua pihak dapat bersama-sama dengan kami dalam menjayakan tuntutan Royalti Minyak Kelantan ini.

GAMATkan Anak Muda Untuk Royalti


0 comments for this post