Kepentingan Pembawaan Mengikut Marhalah

By Hafizuddin An-Nuri on 6/06/2009 10:32:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...

Alhamdulillah , pada 3 , 4 dan 5 Jun 2009 yang lepas kami telah berjaya melaksanakan satu program di sebuah sekolah di Pasir Puteh iaitu sekolah sahabat baik saya . Program ini juga boleh dikatakan sebagai program bakti siswa kami sebagai mahasiswa . Jadi , pada masa cuti seperti inilah kami dapat memberi bakti kepada adik-adik di sekolah .

Walaupun tenaga kami yang sangat sedikit dan terhad , namun kesungguhan sahabat-sahabat sangat mendapat pertolongan daripada Allah , alhamdulillah . Jika dikira dengan bilangan kami pihak urusetia , memang tidak cukup untuk menampung bidang tugas yang banyak tetapi kerana pertolongan Allah , tidak mustahil . Pelbagai masalah yang datang namun dapat diatasi . Mungkin juga disebabkan komitmen daripada semua sahabat yang ikhlas untuk membawa tarbiyah kepada adik-adik .

Namun ada beberapa perkara yang penting yang mungkin boleh dikongsikan bersama . Dalam program tersebut , satu slot iaitu slot muhasabah menjadi ketidakpuasan hati bagi saya . Dalam slot tersebut telah diambil oleh beberapa sahabat . Cuma sebahagian pembawaan dalam slot tersebut amat tidak sesuai untuk adik-adik . Tetapi slot ini sangat melihatkan hasil kepada adik-adik peserta .

Di sini bukan untuk mengaibkan atau menjatuhkan atau merendahkan mana-mana pihak , cuma satu pandangan daripada saya yang juga kurang berpengetahuan untuk dikongsikan bersama . Pada salah sebahagian dalam slot tersebut , beberapa sahabat telah membawanya dengan cara yang sangat tidak sesuai . Suka dinyatakan di sini , apa-apa modul atau rancangan yang ingin dibawa ke dalam program haruslah mengikut marhalah atau level peserta program .

Jika peserta tersebut dari kalangan pelajar sekolah yang mempunyai pelbagai macam kerenah dan terdiri daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 6 , adalah tidak wajar bagi urusetia untuk membawa cara program di kampus . Memang tidak dapat dinafikan sesetengah orang itu mempunyai kemahiran yang tinggi dan pengalaman yang banyak serta berada dalam biah tarbiyah yang mantap , namun semua itu harus ditolak ke tepi .

Apa yang penting adalah penerimaan peserta program . Kita harus meneliti mereka secara sepintas lalu dan mengkaji permasalahan mereka serta menetapkan pembawaan yang sesuai dengan kadar penerimaan mereka . Jadi , mengukur sama rata adalah sangat penting supaya tidak berpihak kepada sebahagian peserta sahaja .

Sebagai analogi yang mudah , tidak wajar kita mengajar subjek matematik tambahan kepada seorang budak yang berada di darjah tiga . Mereka baru sahaja ingin mengenali operasi tambah , tolak , darab dan bahagi . Adakah mampu untuk mereka menggunakan rumus-rumus yang begitu tinggi sehingga pelajar yang berada di level tersebut belum mampu untuk mengahadapinya .

Kesimpulannya , pembawaan sesuatu program adalah bergantung kepada peserta program , bukannya melihat kepada kemahiran tinggi atau pengalaman luas seseorang yang membawanya . Kebijaksanaan adalah sangat penting dalam hal seperti ini . Walau apa pun , kelemahan dalam setiap program adalah perkara biasa . Tidak haruslah menjadi satu isu untuk berbalah sesama sendiri . Itulah yang menjadikan kematangan untuk program yang akan datang . Segala usaha yang dilakukan amat bernilai di disisi Allah .

Sedikit perkongsian daripada seorang pelajar yang masih mencari-cari pelbagai ilmu untuk membawa diri di bumi Allah ini . Sebarang pembetulan dan penambahan daripada sahabat-sahabat amat dan sangat dialukan .

Wallahua'lam .

SMiLe4aLL



2 comments for this post

Anonymous

SALAM..
Terima kasih din..,
Andai lautan mampu berbicara, pasti kan terungkap indah "thanks 4 everything"

maaf ek.. kalu ada adik2 ana yang kurang bersopan ngan antum semua..

maaf kalu ana menyusahkan..huhuhu..

1 lagi, umi norliza ucap terima kasih banyak2.."taun depan wat plop deh.."

he2..

Sayang sahabat semua..

Posted on June 9, 2009 at 12:38 PM  

salamwarahmatullah...

heheh...
hazim...
nta kena igt...
kita adlh satu team...
smpai mati...

ana n kwn2 len xde rs pe2 pom..
adik2 nta memg best...
biasela bdk2...

insyaallah...
tahun dpan kta wat plak...
lbih mantap lg...

Posted on June 9, 2009 at 12:46 PM