Assalamualaikum & salam ceria...
Saya pernah mengikut satu usrah yang dibuat oleh abang-abang senior sekolah dulu atau lebih mudah abang-abang dari alumni . Jika saya berada di Kelantan semasa cuti , maka berkesempatanlah untuk berusrah bersama mereka . Baru-baru ini , alhamdulillah saya menerima mesej daripada seorang abang yang juga rapat dengan saya untuk menghadiri usrah dan usrah kali ini saya berkesempatan juga mengikuti naqib mereka iaitu seorang cikgu di sebuah sekolah jenis cina .
Setelah membaca Ummul Kitab , usrah dimulakan dengan membaca sebuah kitab , maafkan saya kerana lupa nama kitab tersebut . Kitab tersebut sangat tebal . Kemudian , beralih ke isu semasa . Banyak isu-isu yang diperbincangkan termasuk isu-isu dalaman Jemaah Pas sendiri . Begitu banyak pendedahan yang saya peroleh daripada cikgu ini . Walaupun sebelum ini saya tahu tentang sesuatu isu tersebut tetapi hakikatnya saya kurang tahu tentang puncanya dan siapa yang terlibat secara tidak langsung .
Rupa-rupanya dalam gerakan Islam ini , kita mesti tahu dan ambil cakna sesuatu isu sehingga sedalam-dalamnya . Kadang-kadang kita akan mudah terpengaruh . Boleh jadi kita akan bersangka buruk dengan pimpinan gerakan sendiri dan boleh jadi juga kita terlalu bersangka baik . Tetapi , apa pun yang berlaku dalam sesuatu gerakan itu , ahlinya wajib memberi sokongan padu dan menampung kelemahan , bukan menghancurkan atau menubuhkan gerakan lain atas dasar tidak puas hati .
Sepanjang malam tersebut , usrah yang bermula lewat selepas isya' sehingga pukul 12 tengah malam lebih menarik perhatian saya tentang ideologi masyarakat di Malaysia khususnya . Bagi saya , masyarakat kita amat jauh ketinggalan dalam memahami sesuatu ideologi .
Sebagai contoh , fahaman mu'tazilah adalah tidak diterima dan dikaji selidik oleh masyarakat kita pada hari ini . Sedangkan mu'tazilah adalah fahaman yang sudah terlalu lama dan semua pihak sudah menolaknya . Kemudian , pada generasi lain pula membincangkan dan menolak fahaman komunis . Semasa zaman kedatangan awal komunis , masyarakat hanya mengikut arus pembawaannya . Itulah zaman kita .
Dan fahaman apakah pula generasi yang akan datang tidak terima . Pada perbincangan kami dalam usrah itu , mungkin generasi akan datang keluarkan buku dan pelbagai artikel yang menyatakan Islam Hadhari itu sesat . Kenapa semua ini berlaku ? Jadi , masyarakat pada hari ini hanya menerim pakai Islam Hadhari . Dan akan dikaji oleh generasi akan datang . Mungkin 10 atau 20 tahun lagi .
Tetapi , selepas perlantikan menteri baru baru-baru ini , menteri yang bertanggunjawab telah menyatakan akan mengkaji balik Islam Hadhari . Harap mereka tidak bercakap atas dasar politik semata-mata .
Jadi kita sepatutnya tidak melihat isu yang terkebelakang , cukuplah sekadar menjadi iktibar untuk memperbetulkan kesalahan akan datang . Kita harus melihat jauh ke depan kerana dengan itu kita dapat menempis peluru-peluru musuh yang terlalu halus .
Sebab itu Allah kurniakan Rasulullah kita dengan Hikmah iaitu bijaksana . Bijaksana bukanlah bijak seperti orang lain tetapi gandingan dua perkataan 'bijak' dan 'sana' dengan membawa kelebihan kepada Rasulullah , PANDANG JAUH .
Sekadar perkongsian daripada seorang penuntut ilmu yang masih mempunyai kelemahan . Jika ada silap harap diperbetulkan dan penambahan amat dialu-alukan .
Wallahua'lam .
SMiLe4aLL
1 comments for this post
Salam..
No komen.. huhu