Assalamualaikum & salam ceria...
Kerajaan digesa pinda akta hukuman mat rempit menjadi tajuk utama Utusan Malaysia hari ini .
Dalam paparan ini juga menyatakan istilah 'mat rempit' perlu digantikan dengan 'samseng jalanan' . Mungkin disebabkan mereka ini bukan sekadar merempit motosikal tetapi juga bertindak kurang ajar dan biadap yang menjadikan alasan utama pertukaran istilah . Tukarlah nama apa pun , mereka tetap sama .
Polis meminta kerajaan meminda segera Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 ke atas samseng jalanan dengan hukuman mandatori . Itulah ayat yang tertera di muka depan Utusan Malaysia . Kesedaran pihak polis pada kali ini berkenaan pindaan akta ini begitu serius apabila Ketua Trafik Bukit Aman menyatakan samseng jalanan ini tidak insaf . Selepas membayar saman walau mahal mana sekali pun , mereka teruskan kegiatan mereka .
Jadi , pihak polis dengan serius dan inginkan kadar segera pindaan akta ini untuk kebaikan bersama . Mereka yang terlibat bukannya orang tua , tetapi budak-budak belasan tahun . Pada kiraan saya mereka sebenarnya terlalu muda untuk mengenal erti kehidupan di jalan raya .
Apakah semua yang berlaku ini disebabkan hukuman yang tidak ketat dan tegas atau didikan seseorang menjadi manusia yang lemah ?
Apakah kita tidak fikir , budak-budak sekarang terlibat dalam kes rempit ini kerana ibu bapa . Maaf , ingin saya nyatakan di sini , mana-mana ibu bapa yang menyayangi anak-anak mereka tidak seharusnya memberikan anak-anak ini sebuah motosikal pun . Inilah alasan para ibu bapa , kalau tidak diberikan motosikal susahla . Ibu ingin uruskan kerja-kerja rumah tangga , ayah pula pagi-pagi hari lagi nak pergi bekerja . Itupun kalau ibu yang tidak bekerja , kalau yang bekerja , lagi susah nak hantar anak-anak ke sekolah .
Masalah sekarang , mahukah kita melihat anak-anak terlibat dalam kegiatan mat rempit . Semuanya gara-gara ibu bapa yang memberikan kemewahan kepada anak-anak pada hari ini .
Ditambah pula dengan sokongan dari filem-filem tempatan yang diluluskan seperti Remp-It , Impak Maksima dan sebagainya . Maka didiklah , ajarlah , berilah kefahaman apa itu erti kehidupan kepada anak-anak zaman sekarang .
Bagaimana pula dengan sistem pendidikan negara . Adakah sudah cukup dengan satu subjek agama bagi sekolah menengah biasa dan 2 subjek agama bagi sekolah menengah agama ? Itu baru persoalan teori . Bagaimana pula perhatian pihak Kementerian Pelajaran khususnya dalam memberi suasana yang berpendidikan Islam kepada pelajar-pelajar muslim ? Kenapa tiada perancangan pihak kerajaan dalam memberi tarbiyah islamiyah yang sepatutnya ? Kenapa akademik pula menjadi tumpuan pada hari ini .
Adakah mendapat 12 A1 atau berpuluh-puluh A dalam SPM dapat menjamin keredhaan Allah untuk mencapai syurganya . Adakah pelajar yang memasuki IPTA pada hari ini disebabkan keputusan yang cemerlang semuanya mempunyai akhlak yang mulia ? TIDAK ! Tidak sama sekali . Maka perlu adanya didikan untuk mereka .
Jadi , secara kesimpulannya , semua harus dan sepatutnya melihat di mana yang perlu dipinda .
Adakah HUKUMAN yang perlu dipinda ? Atau SISTEM PENDIDIKAN yang perlu dipinda ?
Sekadar pandangan dari seorang pelajar dan juga remaja yang terlalu bimbang dengan keadaan di Malaysia yang sangat kalut dan celaru pada hari ini .
Wallahua'lam .
SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com/
hafizmn88@yahoo.com.my
5 comments for this post
jawapannya, sistem pendidikan..lulus ujian tak menjamin apa2, sepatutnya dipastikan ilmu agama yg kita pelajari tu betul2 dah sebati ngan diri.
lagipun, konsep hukuman dalam islam bukannya bertujuan untuk menganiaya atau melepaskan geram, tapi utk memberi pengajaran. sebagai salah satu cara mendidik.
syukran ya akhi luqman...
remaja-remaja pada hari ini secara keseluruhannya amat-amat memerlukan didikan yg menjamin kehidupan mereka dunia n akhirat...
bukannya akademik semata-mata...
Wallahua'lam=)
aslmkm..
tmpng kmen,skdr tmbhn..bkn shj bdk skolh menengah,bhkan mslh krosakn akhlak hmpr2 n ad y sudh trjebk kpd adk2 skolah rndh.. bdsrkn pglman ana,sgtla sdih mliht stuasi mcm tu..kbykn murd dh tahu pktn2 yg xsptutnya dorg tahu di usia muda tu..faktr-trlalu n sgt2 tpengaruh dgn rncgn2 tv..byk phk yg trlalu brlepas tgn dlm soal ni..hmm..trlalu bmbgkn keadaan skrg..smg ad pnawarnya.insyaAllah.
salamwarahmatullah...
syukran monolograsya...
masyaallah...
jika adik2 sklh rndh pon dh pndai...
maka tidak hairanlah jika pelapis samseng jalanan ini wujud secara berterusan...
Ya Allah , selamatkanlah kami semua dan adik2ku yg akan mewarisi kami...
Amiiin...
dalam masalah ni kita tak boleh nak salahkan sebelah pihak sahaja.mungkin salahnya ada pd kita jugak.amar makruf dan nahi mungkar sangat diperlukan.ibu bapa terlalu pentingkan bilangan "A" yg anak mereka dapat sampai nak suruh join program tarbiyah spt usrah dan mcm2 lagi majlis ilmu, diorang tak bagi.alasannya, mengganggu pelajaran.tu tak boleh dijadikan alasan.
padahal, mak ayah ana waktu belajar dulu2 diorg join progrm tarbiyah, siap dapat best student lagi.
bagi yg dah cukup umur utk mengundi pulak, jalankan tanggungjawab masing2.daftar sekarang, undilah dgn bijak. undilah pihak yg MEMPERJUANGKAN ISLAM.