Kisah Sayyidina Umar dengan Keadilan dan Anak Kesayangannya

By Hafizuddin An-Nuri on 5/12/2009 09:58:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...


Baru-baru ini saya berkesempatan mendengar satu kuliah di Masjid Besar Muhammadi Kota Bharu dan pada malam tersebut ustaz yang menggantikan pengkuliah mingguan telah membuatkan satu masjid mengalirkan air mata dengan satu kisah yang menyayat hati dan penuh dengan pengajaran .

Kisah ini berlaku kepada Khalifah Ar-Rasyidin yang ke-2 iaitu Sayyidina Umar Al-Khattab dengan anaknya , Ubaidillah .

Pada suatu ketika , setelah selesai Solat Subuh berjamaah , Sayyidina Umar beri'tikaf di atas masjid sambil menunggu kedatangan waktu Dhuha . Kemudian dia didatangi oleh seorang wanita Yahudi . Wanita Yahudi itu mengadu kepada Umar bahawa dia telah mengandung . Maka Umar bertanya kepada wanita Yahudi itu ,"Siapakah ayahnya" . Lalu dijawab oleh wanita itu , "Anakmu , Ubaidillah wahai Umar" . Maka Umar meminta kepada wanita itu supaya memberi tempoh satu hari untuk menyiasat dan menyuruh wanita Yahudi itu pulang dan datang pada hari keesokannya di masjid berkenaan untuk sesi pengadilan .

Apabila pulang ke rumah , ketika Sayyidina Umar makan bersama-sama anaknya maka dia mengambil tempat bersebelahan dengan anaknya Ubaidillah . Apabila Ubaidillah selesai makan dan ingin membasuh tangan , maka Sayyidina Umar meminta anaknya itu untuk menambah lagi , tetapi ditolak beberapa kali kerana kenyang lalu Umar berkata ,"Kamu sayangkan ayah atau tidak , kalau kamu sayangkan ayah maka tambahla" , lalu Ubaidillah menambah hidangannya sebagai tanda sayang kepada ayahnya . Umar berkata lagi ,"Tambahlah lagi wahai anakku , mungin ini adalah santapan terakhir kita bersama" .

Setelah selesai makan , sambil beristirahat , Umar bertanya kepada Ubaidillah anak kesayangannya itu , "Wahai anakku , adakah pernah kamu berzina dengan seorang Yahudi" . Maka Ubaidillah menjawab ,"Ya , benar wahai ayahku" . Maka Ubaidillah memberitahu hal sebenar kepada ayahnya . Pada suatu hari , ketika sedang berehat-rehat di satu tempat , dia didatangi seorang Yahudi dan berkata ,"Hai Ubaidillah , seseorang telah menyuruh aku untuk mengajakmu ke rumahnya" . Maka tanpa berfikir panjang , Ubaidillah terus mengikut Yahudi tadi ke sebuah rumah . Dia dijemput masuk dan dihidangkan air . Dia dijemput untuk minum . Setelah minum , Ubaidillah berasa kelainan dan mabuk seterusnya telah berzina dengan wanita Yahudi tersebut . Maka Ubaidillah menyatakan pada ayahandanya bahawa itu adalah satu perangkap .

Maka pengadilan tetap pengadilan . Di masjid , Sayyidina Umar selaku khalifah sendiri mengadili kes tersebut . Turut hadir selain wanita Yahudi tersebut dan Ubaidillah adalah sahabat-sahabat yang lain . Setelah hujah demi hujah diberikan , maka Ubaidillah didapati bersalah dan dikenakan Hudud 100 sebatan . Wanita Yahudi itu gembira dengan kemenangan dan terus pulang . Maka sahabat-sahabat yang berada di situ bangun menyatakan ,"Wahai Umar , anakmu ini tidak bersalah . Dia adalah seorang pemuda yang soleh . Ini adalah satu perangkap" . Namun begitu , Umar tetap tegas dengan keputusannya . "Ubaidillah tetap bersalah kerana dia tahu yang menjemputnya adalah Yahudi , dan dia tetap pergi walaupun tahu mungkin perangkap" .

Maka hukuman sebat dijalankan , Ubaidillah dipecat bajunya dan tangannya diikat . Lalu Sayyidina Umar memberi arahan kepada tukang sebat , tukang sebat tidak dapat melaksanakan hukuman tersebut ,"Wahai Khalifah , aku tidak mampu untuk menyebat anakmu kerana dia seorang pemuda yang baik" , dengan tegas Umar menjawab ,"Adakah pernah kamu berbai'ah kepadaku , kalau begitu maka teruskan kerjamu" . Maka dengan hati yang begitu berat anak kesayangan Umar itu disebat .

Sebatan demi sebatan . Apabila sampai sebatan ke-50 , Ubaidillah dengan suara yang lemah berkata ,"Ayah ! dahaga ayah" , Umar mendekati Ubaidillah sambil menangis ,"Sabarlah wahai anakku , ini adalah hukuman Allah di dunia" , lalu diberikan air padanya .

Sebatan diteruskan , sebatan demi sebatan . Pada sebatan ke 70-80 , Ubaidillah mengadu sakit lagi dan berkata ,"Ayah! lapar ayah" dengan nada yang cukup lemah dan lembik . Sayyidina memberi anaknya makan sambil berkata dengan nada yang sedih ,"Sabarlah wahai anakku , ini adalah hukuman Allah di dunia" .

Sebatan diteruskan . Pada sebatan ke-97 , Ubaidillah telah pergi mengahadap Allah yang Maha Esa . Tukang sebat sudah lagi tidak mampu . Umar dengan tegas sambil menangis memberi arahan supaya dicukupkan sehingga 100 sebatan . Tukang sebat menjawab ,"Ya Umar , aku sudah tidak mampu , anakmu telah meninggal wahai Umar" .

Umar mengambil rotan dari tangan tukang sebat lalu melengkapkan 3 lagi sebatan kepada anaknya sambil berkata ,"Umar tidak akan berhutang dengan Allah walau 3 sebatan" . Dengan cepat Umar mendakap tubuh anaknya itu dan menangis bersungguh-sungguh .

Sebelum anaknya meninggal , Umar berbisik di telinga anaknya yang berada dalam keadaan nazak ,"Wahai anakku , sampaikan salamku kepada Rasulullah di syurga" .

Maka pergilah seorang anak kesayangan Sayyidina Umar , Ubaidillah bertemu dengan Allah dan Rasulnya di syurga .

Kesimpulan yang kita boleh ambil dari kisah ini adalah ketegasan dalam mengakkan hukum Allah . Hudud tetap hudud , walaupun Umar adalah seorang Khalifah , tetapi menjalankan hukuman samarata walau terhadap anaknya sendiri .

Kita dapat lihat pada hari ini , ibu bapa khususnya sangat-sangat tidak mengambil kisah dengan kelakuan anak bahkan membela kesalahan anak mereka walaupun dalam kes zina .

Kisah di atas adalah coretan saya sendiri jadi dialog yang ditulis untuk memudahkan kefahaman . Sama-samalah kita berfikir , merenung dan muhasabah dengan kisah yang diceritakan di atas .





9 comments for this post

salam...
menarik sekali ceritanya..
terharu ana dibuatnya.
pernah dengar cerita ni masa kem kt masjid klia ari2..tp citenye ari2 pendek je..
cantik sungguh khilafah islamiyyah..
aku jadi makin rindu pd daulah!

Posted on May 13, 2009 at 5:29 AM  

salamwarahmatullah...
benar sekali wahai saudaraku yg disayangi...
khilafah islamiyah sungguh indah...
kerana itulah Islam Yang Cantik...

Ya Allah...
Kembalikanlah keadilan...
Kembalikanlah khilafah islamiyah...

ALLAHUAKBAR!!!

Posted on May 13, 2009 at 7:12 AM  

Salam....
terharu ana bacer post anta...
sebelum ni penah dengar tapi tak la detail....

ISLAM agama yang syumul..

Posted on May 14, 2009 at 9:57 AM  

salamwarahmatullah...
kalu Islam diamalkan sebenar2nye...
maka keadaan yang amat kalut sprti hr ini xkan berlaku...

Posted on May 14, 2009 at 10:06 PM  

salam...
setuju ngan si mawar...
mungkin kdg2 kita abaikan kisah nih...tp cukup bmakna pd kita..=)
syukran k0ngsi2...=)

Posted on May 15, 2009 at 12:53 AM  

mana lagi nak cai orang yg tegas macam ni..

Posted on May 15, 2009 at 6:51 AM  

salamwarahmatullah...
ezaty saadah...
kdg2 kisah mcm nila yg sptut kita ambil i'tibar...
cuba praktikkan pgjrn dlm kisah ini dlm hidup kita sbg seorg mahasiswa...
sama2=)

Posted on May 15, 2009 at 11:11 AM  

cerita ni memnag mngharukan perasaan...tapi, satu sahaja sy mahu tanya, adakah ini cerita sahih dari riwayat yg benar....

ia perlu disahkan benar, supaya lebih yakin utk kita mnghayatinya....

Posted on May 19, 2009 at 6:10 PM  

cerita ni memang masyhur...
ana xpasti sohih ke x...
insyaallah ana akan kaji balik...
kalau sohih pon jalan cerita xsperti dlm riwayat...
sbb ana xguna rujukan...
direct dgr dr ustaz yg bagi kuliah kt msjid...

Posted on May 19, 2009 at 11:59 PM