Kerajaan Perak Najib Yang Haram

By Hafizuddin An-Nuri on 2/07/2009 11:37:00 AM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam mujahadah...

Kali ini kita semua rakyat Malaysia digemparkan dengan berita pertukaran kerajaan negeri Perak Darul Ridzuan...Perkhabaran ini juga menjadi satu ujian , dugaan , cabaran khususnya kita sebagai Penegak Daulah Islamiyah di Malaysia...apakah betul cerita ini...sungguh kuat serangan ini terhadap YB Nizar kita yang tersayang yang masih mampu mengukir SENYUMAN kepada semua orang....


Hal ini bermula apabila berlakunya kes kehilangan beberapa orang wakil rakyat dari pihak pakatan rakyat...dan ia menjadi hangat apabila sekembalinya mereka dengan pengumuman perpindahan parti dari PR ke Barisan Nasional...sungguh mudah perjuangan mereka...perkara ini menyebabkan majoriti mereka melebihi PR...

Maka bermulalah perancangan saudara seIslam kita yang penuh dengan perancangan yang bermacam-macam dalam kepala otaknya iaitu Najib Tun Razak...dengan mudah Pak Cik ini ingin menukar pentadbiran negeri Perak...bagaimana dipujuknya sehinggakan Sultan Perak mengarahkan YB Nizar dan semua ahli majlis kerjanya meletak jawatan...walaupun YB Nizar mempertahankan jawatannya demi Islam namun perancangan jahat mereka yang membawa agenda Yahudi La'natullah sungguh kejam dan zalim...




Sebelum itu suka saya ingin memperkatakan berkenaan Pihak Istana...apakah hak mereka dalam hal ini?? Tidak tahu undang-undang ke sedangkan mereka sendiri yang menciptanya...Perkara 16(6) , Sistem Raja Berpelembagaan Malaysia mengatakan bahawa Sultan hanya berkuasa melucutkan jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (Exco) sahaja tetapi bukan Menteri Besar...Menteri Besar hanya boleh dilucutkan jawatan melalui pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) atau undi tidak percaya dalam sidang DUN atau Menteri Besar sendiri yang meletakkan jawatannya...

Berbalik kepada cerita Pak Cik Najib kita yang sudah tua lagi kejam...satu persoalan yang timbul iaitu adakah Pak Cik ini terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kes kehilangan beberapa YB PKR dan DAP ini...apa yang telah Najib buat terhadap mereka...hal ini dapat dijawab dengan mudah sekiranya kita dapat fikir dengan logik akal kita yang rasional sahaja...kenapa Najib sangat-sangat takut untuk membubarkan DUN...ini kerana mereka tahu mereka akan kalah...selepas kekalahan teruk mereka di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu yang mana Pak Cik Tua inilah yang menjadi master mind BN pilihanraya baru-baru ini....jadi Si Najib Jahat ini ingin menebus balik maruah 'beliau' yang telah hilang...tetapi ada maruah ke dia ni...jawabla sendiri...
Kenapa YB Ir Nizar ingin mempertahankan jawatan beliau...mudah sahaja...sebagai Mujahid Islam...beliau hanya ingin menjaga AMANAH ALLAH untuk menegakkan Daulah Islamiyah dan menjaga hak RAKYAT kerana memberi kepercayaan kepada beliau...

AYUH RAKYAT PERAK!!!
Bangkitlah kalian semua!!!
Pertahankanlah Menteri Besar kamu yang sebenar!!!
Hapuskan Kerajaan Haram yang dibina oleh NAJIB ZALIM!!!
Tunjukkan SIAPAKAH RAKYAT PERAK!!!

ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!!

2 comments for this post

Anonymous

Seruan kepada Rakyat Perak. Hapuskanlah Penjenayah-penjenayah yang merampas kuasa secara haram di Negeri Perak. Rakyat Negeri Kelantan Boleh! Rakyat Negeri Perak Boleh!

Posted on February 13, 2009 at 11:15 PM  
Anonymous

geramnyer..tp sabar2...ade hikmah d sbalik kjadian..

Posted on February 17, 2009 at 4:55 PM