Assalamualaikum...
Alhamdulillah...syukur yang tidak terhingga dilafazkan kepada Allah Taala di atas pengkurniaan kemenangan kepada YB Abdul Wahid Endut , Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang baru yang berjuang di jalan Allah melalui Parti Islam SeMalaysia (PAS)...
Baru-baru ini telah dianjurkan satu majlis ceramah di Taman Melewar bersempena keraian kemenangan PAS di Parlimen KT dan mengingati saudara kita di Palestin...di sini suka saya ingin membicarakan tentang SYARAT-SYARAT kemenangan yang ingin diberikan oleh Allah Taala yang disampaikan oleh YB Wahid Endut pada ucapan sulungnya di Markaz PAS itu...
Banyak SYARAT yang wajib kita turuti...tetapi di sini beberapa SYARAT yang besar ingin dikongsikan oleh YB di sini iaitu :
1. Istiqomah dalam perjuangan
Kita tetap meneruskan gerak kerja Islam walau apa jua sekalipun dugaan...cabaran...mehnah serta segala perkara yang khianat yang dilakukan oleh pihak musuh terhadap kita....Istiqomah sangat penting untuk memastikan segala gerak kerja diredhai Allah dan mendapat kemenangan daripadaNya kerana Allah tidak melihat kepada hasil tetapi usaha kita yang konsisten...Perlu diingat KEMENANGAN hanya Allah yang berikan..bukan kerana usaha kita...
2. Musuh jangan dicari tetapi apabila bertemu musuh...jangan sekali-kali melarikan diri
Pengalaman YB yang diceritakan kepada hadirin sungguh mengkagumkan dan menarik...semasa kempen pilihanraya...beliau berjumpa dengan setiap orang di seluruh pelusuk Kuala Terengganu dari segenap lapisan masyarakat...tidak ketinggalan juga berjumpa dengan pihak musuh...setiap tempat yang dilawati untuk kempen pasti ada sahaja 'sahabat' dari pihak sana yang sedang membuat kerja mereka...tetapi kita tidak perlu meengelak daripada mereka bahkan menghadapinya...apa yang menariknya YB bersalam dan memeluk 'sahabt' beliau itu...dan perkara ini bukan dilakukan kepada seorang sahaja tetapi setiap 'sahabat'nya yang ditemui kecuali 'dewan muslimat' mereka...hal ini dilakukan bukan untuk bersahaja tetapi atas tujuan ingin menunjukkan dan memberitahu bahawa pejuang Islam yang yakin dengan Allah itu hebat dan mengharapkan kemenangan daripada Allah...bukan daripada SPR...orang atas atau sesiapa sahaja...
3. Hubungan dengan Allah Taala
Kita hanyalah makhluk Allah...segala-galanya yang berlaku hanya ditentukan dan ditaqdirkan oleh Allah Taala sahaja...pergantungan serta pengharapan kepada Allah sangatlah diperlukan...jika kita lihat pada hari kempen dan hari pengundian baru-baru ini...ada segelintir penyokong-penyokong PAS yang tidak berhenti-henti berdoa dan bermunajat kepada Allah di Post masing-masing...majlis solat hajat juga tidak henti-henti dilakukan untuk meminta kemenangan daripada Allah...dalam hal ini...kaitan dengan Aqidah Islamiyah sangat rapat kerana kita yakin segala kemenangan dan kekalahan...Allah yang berikan...
Itulah sekadar perkongsian ilmu yang saya dengar semasa ucapan yang diberikan oleh YB Wahid Endut....semoga dapat mengambil manfaat bersama...
ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!!
1 comments for this post
Pemimpin2 negara Islam tidak bersatu di dalam mempertahankan rakyat Palestine yang dibunuh kejam oleh rejim Israel, bgmznz Islam nak menang?