Assalamualaikum & salam ceria...
Semoga dengan kemenangan ini, Gerakan Mahasiswa semakin diperhebatkan dan menjadi nadi untuk Gerakan Mahasiswa dilihat sebagai pemangkin kepimpinan negara dan bukannya budak sekolah.
Semoga keadilan terus bersama-sama Mahasiswa. Kezaliman dan khianat tidak dapat diterima walau sesiapa pun yang melakukannya.
GET READY FOR UKM4 !
Kemenangan Buat Mahasiswa
Allahuakbar!!! Allahuakbar!!! Allahuakbar
Hari ini merupakan satu titik sejarah di dalam Gerakan Mahasiswa kini, 5 Mahasiswa UM yang disabitkan kesalahan khianat dibebaskan daripada tuduhan tersebut oleh Mahkamah Sesyen Jenayah 2 hari ini.
Ini merupakan kejayaan semua mahasiswa yang mendokong dan menyokong perjuangan menegakkan keadilan buat seluruh mahasiswa. Kita yakin dan percaya, keputusan mahkamah ini membuktikan bahawa kelima-lima mahasiswa yang dituduh ini tidak pernah melakukan jenayah sepertimana yang dituduhkan.
Seluruh mahasiswa mengucapkan syukur dan gembira di atas kemenangan ini dan bagi pihak yang masih mengekang mahasiswa saya sarankan agar Hentikan sikap memperbudak-budakkan mahasiswa.
Cukuplah mahasiswa dikenkang sebegini rupa dan sudah tiba masanya mahasiswa diberikan ruang yang sebebas-bebasnya untuk menyatakan pandangan.
Terima kasih sekali lagi buat seluruh mahasiswa dan masyarakat yang sentiasa berdoa demi kemenangan di dalam kes ini.
Assalamualaikum & salam ceria...
Justeru, sahabat-sahabat diseru untuk bersama-sama mereka pada Jumaat, hari yang mulia ini. Semoga doa yang kita guna sebagai senjata berjaya merempuh dinding kezaliman.
Assalamualaikum & salam ceria...
Subhanallah, penghormatan kepada Ulama melebihi statusnya. Lihatlah sikap Sultan Kelantan ini selepas selesai Solat Jumaat dengan berjubah seperti biasa.
Photo 1: Tuanku Faris berada dihadapan sebelah kanan Tuan Guru Menteri Besar ketika para makmum mula bersalaman dengan Tuanku dan para pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan sebaik selesai solat sunat selepas solat Jumaat...
Photo 2: Menyedari Tuan Guru Menteri Besar berada agak terkebelakang, dengan segera Tuanku Faris memanggil Tuan Guru Menteri Besar agar bersama dengan Baginda dihadapan agar mudah para makmum bersalaman dengan mereka... "Tok Guru mari dok sebeloh kito sini", kata Tuanku Faris kepada Tuan Guru Menteri Besar...
Photo 3: Tuanku Faris memberikan laluan kepada Tuan Guru Menteri Besar supaya berada bersama Baginda di hadapan...
Photo 4: "Sebeloh ni Tok Guru", kata Tuanku Faris kepada Tuan Guru Menteri Besar sambil Baginda Tuanku Faris dan yang lainnya mempersilakan Tuan Guru kehadapan...
Photo 5: Gabungan 3 posisi penting dalam pentadbiran Negeri Kelantan... Tuanku Sultan Kelantan Tengku Faris Petra, Imam Besar Masjid Muhammadi dan juga Tuan Guru Menteri Besar Kelantan...Gabungan terbaik yang wajib dijadikan contoh di Negara Malaysia... Sultan yang berjiwa rakyat & mementingkan agama dalam urusan harian dan juga Ulama yang menjadikan Al-Qur'an dan Sunnah sebagai rujukan dalam pentadbiran Negeri dan kehidupan harian...
Sumber : Topeng Perak Unmasked
Assalamualaikum & salam ceria...
DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!
KOTA BHARU, 13 Sept: Pemasyhuran Perlantikan Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra sebagai Sultan Kelantan telah selamat disempurnakan pada pagi ini di Istana Balai Besar di sini. Pemasyuran perlantikan itu dibacakan Menteri Besar Kelantan YAB Tuan Guru Datuk Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat menurut Perkara 29 (a) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan, Bahagian Kedua.
"Bismilhhari Rahmanir Rahim; maka dengan ini adalah diisytiharkan bagi pengetahuan orang ramai bahawa pada menjalankan kuasa-kuasa menurut Perkara 29 (a) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan, Bahagian Yang Kedua, Majlis Perajaan Negeri Kelantan yang bermesyuarat pada hari ini (4 Syawal 1431 Hijriah bersamaan 13.9.2010, pukul 9.00 pagi) di Pejabat SUK, Kota Darunaim, Kota Bharu telah membuat keputusan bersetuju memilih, melantik dan mengesahkan Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra Pemangku Raja Kelantan waris, menjadi Raja memerintah, menaiki takhta Negeri Kelantan dan Jajahan takluknya bagi menggantikan KDYMM Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra berkuatkuasa pada hari ini 4 Syawal 1431 Hijriah bersamaan dengan 13 September 2010.
"Padanya, sekalian hamba rakyat mengaku taat setia dan kasih mesra dan kepada Allah SWT Yang Maha Kuasa dipohon taufiq dan hidayah ke atasnya, semoga Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Kelantan Darulnaim dan seluruh jajahan takluknya memerintah di atas takhta Kerajaan Kelantan, dan memandu negeri dan rakyat sekalian merasa aman sentosa, mewah, makmur, kebajikan serta menaungi.," katanya.
Turut hadir Tengku Bendahara Kelantan Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, kerabat negeri, kepimpinan dan pegawai negeri.
Assalamualaikum & salam ceria...
1) Kehadiran MB Kelantan (TOK GURU)
2) Persembahan nasyid dr Abg Fazli (UNIC)
3) Bacaan Quran oleh Naib Johan Qari Antarabangsa
4) Pengacara Majlis (MC) oleh DJ Kelantan.FM iaitu Abby Halim Al-Firdaus
5) Mengumpulkan semua generasi maahad ( sejak awal penubuhan maahad muhammadi )
[Mereka semua merupakan Alumni Maahad]
Semua alumni dari Maahad Muhammadi (Lelaki), Maahad Muhammadi Perempuan dan Maahad Muhammadi Pasir Pekan dijemput hadir untuk bertemu dan merapatkan ukhuwah antara satu sama lain.



