Adakah sudah cukup semua persediaan yang anda lakukan sebelum masuk kampus?? Adakah sudah cukup syarat untuk melayakkan anda semua berada di kampus dengan bersyaratkan keputusan SPM yang bagus?? Adakah cukup kelengkapan yang kalian semua sediakan seperti pakaian-pakaian baru untuk ke kuliah, kasut baru bersertakan stokin yang matching warnanya untuk dipakai ke kuliah??

Jadi….apa yang kita mahu lakukan sekarang?? Adakah hanya menunggu dan terus menunggu apa yang akan terjadi pada diri kita ini?? Adakah kita ingin mengikut segala perubahan yang berlaku dan biarkan diri kita ini berubah sama sekali?? Kalau dulunya seseorang itu begitu susahnya untuk menanggalkan kopiahnya walau dalam bilik sekalipun tetapi akhirnya berjaya ditutupkan kepalanya dengan topi...Kalau dulunya jika dihadiahkan sehelai baju kurung kepadanya, tidak dipakai tetapi disimpan sebagai kenangan kerana jubah menjadi pilihan utama sebagai pakaiannya tetapi sanggup dan sampai hatinya merebut T-shirt kesayangan adiknya….
Kalau pada bulan pertamanya di kampus....masih boleh ikut peraturan dirinya yang diaplikasikan dari rumah seperti solat pada waktunya...apabila mendapat panggilan telefon daripada ibu @ ayah ditanyakan keadaannya maka dijawab ”Alhamdulillah abah....tak ada masalah...semuanya baik...”...tetapi pada pertengahan semester...sudah berjaya menukar identiti daripada seorang yang dikatakan sivik kepada status lebih maju....manakan tidak maju...mulut sudah berasap...orang lain membelanjakan duit untuk membeli makanan tetapi dia membelanja kawan-kawan untuk menghidup asap yang percuma.....Masya Allah....sahabatku....
Kesimpulannya...pesediaan utama yang perlu kita lakukan adalah dari segi ilmu agama untuk mempertingkatkan diri kita...kita mestilah melakukan satu perubahan besar dari segi mentaliti kita...kita mesti sedar bahawa status kita sekarang bukan lagi sebagai pelajar sekolah, yang bergantung kepada guru-guru semasa di sekolah, yang mengharapkan ibu bapa tatkala berada di rumah…..tetapi kita adalah mahasiswa universiti yang akan memutuskan sendiri setiap keputusan dalam hidup kita,yang mana akan menjadi suara kepada rakyat Malaysia seterusnya memperjuangkan agama ALLAH di muka bumi ini...
Jadi sama-samalah kita mangambil i'tibar dari sedikit perkongsian ini....
Wallahua'lam....
smile alwayzzzzz............
Wahai kaum muslimat yang kuhormati...berhati-hatilah dengan manusia di sekitarmu...berhati-hatilah dengan manusia-manusia yang melihatmu...yang menegurmu...INGAT!!! Manusia yang bukan daripada kaummu...mempunyai perasaan yang berbeza apabila melihatmu...maka AKAL serta ILMUlah yang berusaha untuk menghalang nafsu daripada terus membuak.....
Sahabat-sahabatku....
Kita sudah menghampiri....kita sudah berada terlalu dekat dengan hari yang dijanjikan Allah....marilah sama-sama kita persiapkan diri kita ini dengan bekalan.....sesungguhnya sebaik-baik bekalalan adalah TAQWA......
Wallahua'lam....
Smile Always..ukuwwah fillah.....
Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda:
Yang bermaksud:
“
1. Akal boleh hilang disebabkan marah
2. Agama boleh hlang disebabkan dengki
3. Malu boleh hilang disebabkan tamak
4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain
Manusia akan menghadapi 4 penarikan:
1. Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya
2.
3. Ulat akan menarik tubuhnya
4. Orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari
Daripada Hatim Al-Asom yang bermaksud:
Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:
1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang-orang tua
2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana
3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit
4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati
Sahabat-sahabatku yang disayangi sekalian,
Apakah benar semua itu??? Apakah betul rukun Islam yang ke-2 ialah solat 5 waktu??? Maka pasti mereka dengan tegas dan yakinnya akan menjawab sekali lagi….”Ya, betul….” Jika benar kata-katamu itu, maka mengapa tidak sahaja kamu senyapkan dirimu dengan menutup mulut dan terus menunaikannya??? Tapi sahabat-sahabatku, mengapa umat di zaman sekarang ini sanggup menyelesaikan kerja-kerja mereka yang tiada kesudahan itu dengan melewat-lewatkan solat??? Mengapa sanggup adik-adik kita menonton kartun-kartun animasi pada waktu Maghrib….manakala kakak-kakak dan ibu-ibu pula menangisi kesedihan dan kepiluan heroin filem dan drama-drama bersiri yang makin hari, makin banyak ditayangkan di kaca televisyen??? Mengapa sanggup kita menidurkan diri kita ini semata-mata untuk berehat walaupun hanya 5 minit lagi menghampiri waktu solat??? Mengapa semua ini terjadi??? Mengapa ia berlaku sahabat-sahabat sekalian???
MENGAPA??!!!
Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud “Solat lima waktu itu seumpama sebatang sungai yang mengalir di muka pintu rumah di mana manusia mandi di situ sebanyak 5 kali sehari”. Ini bererti solat yang sempurna jika ditunaikan dapat menyucikan diri kita daripada segala dosa kecil. Sahabat-sahabatku yang Allah kasihi sekalian, entah
berapa banyak dosa-dosa kecil yang kita telah lakukan. Apakah tertebus dengan solat kita yang belum pasti lagi kesempurnaannya??? Itu pun jika kita berjaya tunaikannya. Sahabat-sahabatku, bagaimana pula dengan dosa-dosa besar kita???Sebelum kuakhiri perkongsian ini, Allah berfirman dalam surah An-Nisa’, ayat 103 yang bermaksud “Sesungguhnya solat adalah suatu kewajipan yang telah ditentukan waktunya terhadap orang yang beriman”.
Ayuh sahabat-sahabatku sekalian, segerakanlah solat kita, sesungguhnya solat itu tiang agama…..Renungkanlah….
SMILE ALWAYS….
Baru-baru ini aku dan seorang sahabatku pergi ke kampus PAUIAM kami di Nilai walaupun kami berdua tidak mempunyai short sem kerana ada hal sedikit sambil melawat sahabat-sahabatku yang lain. Setelah selesai kerja kami, maka kami bercadang untuk terus pulang. Kami ke kaunter tiket Transnasional tapi rupa2nya tutup kerana hari Ahad di sana cuti minggu. Walaupun begitu kami tetap ingin ke Terminal 1, seremban untuk mencari tiket bas lain. Tetapi di sana hanya ada 2 jenis syarikat yang menyediakan tiket ke Kelantan...fuh memang kami ditarbiah....Nak dijadikan cerita kami terpaksa naik tren komuter untuk ke Putra.
Kerana ALLAH
By Hafizuddin An-Nuri on 5/06/2008 05:43:00 PM
Filed Under:
SAHABAT-SAHABATKU.......
Terlebih dahulu, marilah sama-sama kita merafa'kan seinfiniti kesyukuran kepada Allah 'Azza WaJalla kerana dengan limpah kurnia serta rahmat kasih cintanya dapat lagi kita menyedut dan menghembus atau secara saintifiknya...bernafas. Syukur tidak terhingga juga kepadaNya kerana Dia masih sayangkan kita di mana kita masih lagi berada dalam agamaNya iaitu Islam. Bukan stakat itu sahaja, kita juga diberi olehNya untuk mempunyai kefahaman yang jelas tentang Aqidah Islamiah....ALHAMDULILLAH!!!
Saya cuba membuat blog ini bukanlah untuk masuk pertandingan....bukan juga untuk meramaikan ahli blog yang mana semakin ramai selepas pilihan raya baru-baru ini.
...bukan juga untuk menyatakan saya ini celik IT...bukan juga kerana meniru....dan bukan juga kerana sebab-sebab bukan yang lain. Akan tetapi, saya cipta blog ini adalah atas dasar UKHUWWAH. Kita dicipta di muka bumi ini bukan untuk bersendirian wahai sahabat-sahabatku seklian. Ingat!! Selagi seseorang itu mengaku dia adalah Muslim atau Muslimah....maka dia ialah ayah kita..emak kita..abang kita..kakak kita..adik kita..mak cik kita...pak cik kita..Akhir kata andai kata saya tersala silap dalam menulis atau apa-apa sahaja dalam blog ini, sudi-sudilah tegur kerana Allah berfirman dalam Kitabnya Yang Mulia..."Berilah peringatan..sesungguhnya dengan peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang Mu'min"..benarlah kata-kata Allah.
Wallahu A'lam....
UKUWWAH FILLAH...