Penanti Menanti

By Hafizuddin An-Nuri on 4/28/2009 09:34:00 AM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...


Selepas satu , satu pilihanraya kecil diadakan .


ADUN PKR ni pun satu hal , disebabkan beliau satu lagi peristiwa yang bagi saya amat membosankan . Maaf .


Kali ini pilihanraya kecil DUN Penanti di Pulau Pinang pula akan diadakan pada 31 Mei ini dan siapakah pula yang akan berjaya menaikkan nama .


Kedengaran juga bekas orang kuat PKR ingin bertanding dan meminta laluan daripada BN supaya tidak meletakkan wakil BN kerana ingin melawan PKR .


Dan ada juga yang menyatakan Tun Dr. Mahathir adalah yang paling wajar untuk bertanding di Penanti .


Apakah masih wujud aura kebangkitan rakyat seperti mana yang berlaku di dua bukit baru-baru ini ?


Cuma satu sahaja yang ingin saya dinyatakan di sini , iaitu asas perjuangan .


Segalanya berbeza apabila asas perjuangan bebeza .


Kalau PAS berjuang berasaskan aqidah , bagaimana pula dengan PKR dan bagaimana pula dengan UMNO .


Sama-sama kita analisa bersama demi menuju mardhotillah .


SMiLe4aLL

hafizmn88@yahoo.com.my



Adakah Malaysia Akan Menjadi Seperti Thailand

By Hafizuddin An-Nuri on 4/13/2009 06:26:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...

Dalam beberapa hari ini 2 wilayah di Thailand telah diistiharkan darurat oleh Perdana Menteri Thailand Abhisit Vejjajiva akibat daripada rusuhan penyokong anti-kerajaan yang terdiri daripada penyokong bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra .

Iaitu Pattaya dan Chonburi .

Rusuhan tersebut berlaku sebelum Sidang Kemuncak Asean Ke-14 sebagai tanda protes rakyat terhadap PM Abhisit menggesa beliau meletakkan jawatannya sehingga sidang tersebut terpaksa dibatalkan .

Kali ini sudah 2 teams mengadakan demonstrasi ini iaitu puak baju kuning dan puak baju merah melawan puak baju biru .

Apakah Abhisit akan meletakkan jawatan beliau atau akan cuba memohon restu daripada rakyat sepertimana yang dilakukan oleh PM kita .

Persoalan yang penting di sini , adakah Malaysia bakal menjadi seperti Thailand ?

Tidak hairanlah jika peristiwa ini berlaku kerana rakyat Perak sudah menyelesaikan mukaddimah pada baru-baru ini .

Apa yang penting adalah pengambilan iktibar oleh pihak kerajaan khususnya PM kita sebagaimana yang disarankan oleh Setiausaha Agung PAS Pusat, Dato' Kamaruddin Jaffar dalam harakahdaily .

Sudah ramai pihak yang memperlihatkan simbol ketidakpuasan hati terhadap kerajaan khususnya rakyat .

Mengapakah Najib masih lagi tidak berputus asa untuk melawan pihak yang ingin mengislamisasikan suasana ?

Bersiap sedialah wahai Pejuang-pejuang Aqidah Islam !


Pengumuman Barisan Menteri Kabinet Najib

By Hafizuddin An-Nuri on 4/09/2009 09:46:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...


Maka selesai 1 lagi tugas penting Perdana Menteri kita yang ke-6 iaitu mengumumkan barisan menteri kabinet yang baru tepat jam 1500 tadi...sempat juga saya berada di depan televisyen petang tadi untuk mendengar pengumuman tersebut tang dimulakan dengan ucapan mukaddimah beliau...

Kali ini barisan kepimpinan baru menggariskan konsep keutamaan potensi dan kualiti dalam gerak kerja mereka...itulah kata Najib...

Semasa mendengar seorang demi seorang menteri yang baru...saya hanya menunggu satu nama orang kuat UMNO...agak-agaknya apalah jawatan menteri yang dia dapat??...sehinggalah Najib cakap..."Sekian terima kasih"...

Nama Ketua Pemuda UMNO akhirnya tidak disebut...sungguh kecewa diri ini...kenapa Najib tidak mahu menaikkan dia...diakan bagus...untuk pemuda-pemuda Melayu...kan dia jadi ketua...kenapa pula Mukhriz dapat...

Mungkin KJ pandai pimpin orang muda sahaja kot...dan Mukhriz pandai tadbir kementerian...macam itulah agaknya...saya pun tidak mengerti...

Tidak mengapala sebab KJ awal-awal lagi telah memberi respon positif tentang perkara ini...tidak sempat nak umum lagi dia dah bagi respon...

Apa-apa pun semoga menteri-menteri yang gugur terima sahajalah...dan menteri-menteri yang baru naik...buat je kerja korang...heheh...

Sebelum itu...TAHNIAH kepada Barisan Nasional kerana dapat mempertahankan DUN Batang Air...

UMNO Baru...!!!

By Hafizuddin An-Nuri on 3/28/2009 12:10:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum...


Maka telah selesai sudah Perhimpunan Agung UMNO kali yang ke-(lupa)...dengan ini terbentuklah organisasi UMNO yang baru...yang diketuai oleh Presiden yang baru , Datuk Seri Najib Tun Razak...adakah dengan organisasi yang baru ini akan merubah pergerakan UMNO yang lebih hebat dengan taktik-taktik serta helah-helah yang semakin mantap...sama-sama kita saksikan....mungkinkah juga kita boleh menterjemahkan sebagai UMNO BARU...?


Timbul pula persoalan...adakah UMNO akan diwarisi dari keturunan yang sama....sama-sama kita lihat nasib mantan Ketua Pemuda UMNO yang telah berjaya menduduki jawatan Naib Presiden UMNO kali ini...


Semoga UMNO baru ini diberi 'pertolongan' oleh Allah yang Maha Pemurah...

Dengan ini para pendokong Gerakan Islam juga bersedia untuk menghadapi muka-muka yang baru naik ini...ayuh sama-sama kita hadapi...

Hidup Islam...
Hidup Islam...
Hidup Islam...
ALLAHUAKBAR!!!

Laporan Perhimpunan Agung UMNO

By Hafizuddin An-Nuri on 3/26/2009 07:40:00 AM

Filed Under:

Assalamualaikum...


Pada Perhimpunan Agung UMNO kali ini menyaksikan pertandingan 2 penjuru untuk menentukan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia...dan menyaksikan perebutan Ketua Pemuda UMNO di antara Mukhriz , Khir Toyo dan juga Khairy Jamaluddin...

Semalam telah diumumkan keputusan kepimpinan bagi 2 sayap besar UMNO ini...yang mana Shahrizat Abd Jalil telah menewaskan Rafidah Aziz dengan majoriti yang sangat banyak untuk menduduki Ketua Wanita UMNO...apa sudah jadi dengan Rafidah....terlalu sedikit perwakilan yang mengundi untuknya...sungguh terkejut...apakah beliau sudah tidak diperlukan lagi pada era Najib kali ini....


Bagi kedudukan Ketua Pemuda UMNO pula jatuh kepada menantu bakal mantan Presiden UMNO, Khairy Jamaluddin...sungguh hebat percaturan yang dibuat...namun dapatkah sekali lagi dia memanipulasi Najib sepertimana yang dilakukan kepada ayahandanya...Najib juga tidak kurang hebatnya untuk menyelesaikan perkara seperti ini...sama-sama kita saksikan pada era Najib nanti...


Apa yang pasti...dan menjadi tanda tanya...mengapa perlu bersorak apabila nama Ketua baru mereka ini disebut dan menang...adakah calon lawan itu dari parti lain...pelik-pelik...itulah perangai mereka...jika begitu tiada masalah...
Hari ini kita lihat pula apa yang bakal berlaku dalam Perhimpunan Agung UMNO kali ini!!!


SMiLe4aLL=)

Berita Lucu

By Hafizuddin An-Nuri on 3/23/2009 09:52:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum...


Hari ini bersamaan 23 Mac 2009 jatuh hari Isnin...ada 1 surat khabar yang bernama Utusan telah mengisahkan satu berita lawak khususnya buat diri saya yang sensitif dengan perkara lucu...heheh...

Pada petangnya selepas Zohor...saya membalik-balik surat khabar yang dinyatakan itu dan terbaca beberapa tajuk yang sedikit kelucuan...entah kenapa saya tergelak tiba-tiba dengan berita tersebut yang biasa dah keluar juga...

Antara isi dalam berita tersebut ada menyatakan ketidakpuasan hatin seorang menteri wanita kerana mendakwa difitnah oleh satu pihak disebabkan satu kes...nak tahu bacala Utusan...yang menyebabkan saya tergelak adalah penyataan si menteri perempuan ini...dia cakap perbuatan pihak tersebut tidak mengikut dan berlanggar dengan perintah agama...amboi pandainya...macam mana pula dengan menteri ini??Tudung tidak pakai...maksudnya menutupi seluruh rambut hingga ke dada...takut tersalah tafsir...heheh...tergelak dalam perutla jawabnya...

Habis satu pasal...

Ada lagi...yang ini perlu disebut nama sebab benda besar....Pak Lah kita (masih PM sekarang ini) menyatakan perkara positif tentang 'sahabat seperjuangannya'...Ali Rustam kita...kan Ali Rustam dilarang bertanding dalam pemilihan Pimpinan UMNO kerana terlibat dalam politik wang...apala UMNO...rasanya kalu dah rasuah...Ketua Menteri pun kena pecat...tapi entah apa-apa undang-undang Malaysia sekarang...kata PM...beliau seorang yang hebat dan pejuang dalam UMNO...lebih kurangla...nak yang betul-betul...bacala Utusan...

Lepas tu...ada satu berita kat sebelah berita ini...Pak Lah juga...dia menyatakan pendapatnya tentang perletakan jawatan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang....dari PKR...katanya...PKR memang bermasalah sehinggakan berlaku perletakan jawatan ADUN PKR ini untuk menutupi masalah dalam PKR...masalah dalam UMNO apa hal pula...pening-pening...tapi lucula Pak Lah kita ni...heheh...

Apa-apa pun...semoga mereka terus sedar dan tidak mempermainkan agama sesuka hati mereka...Amiin...

SMILE FOR ALL=)

Singa Tanpa Kawan

By Hafizuddin An-Nuri on 3/14/2009 10:05:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam kasih sayang...

Hebatkah singa???

Jika ada yang suka bercerita mengenai kehebatan singa...
Jika ada yang teruja untuk menceritakan keberanian singa...
Jika ada yang ingin berkongsi tentang kegagahan singa...

Maka dengarlah pula kelemahan singa...
Maka dengarlah pula kesedihan singa...
Maka ketahuilah had kehebatan singa...

Singa yang kita dengar kisahnya sangat hebat...
Sekumpulan singa mampu bekerjasama dengan baik untuk mendapatkan mangsanya...
Sekumpulan singa dapat mengerahkan tenaga mereka sepenuhnya untuk menumbangkan mangsa mereka...
Sekumpulan akan menunjukkan keberanian serta kegagahan mereka untuk menakut-nakutkan pihak lawan...

Namun siapakah seekor singa jika bersendirian...
Siapakah seekor singa tanpa kawan-kawannya...
Siapakah seekor singa berjalan tanpa kumpulan...
Singa juga mampu menangis bersendirian...
Singa juga menjadi lemah tanpa kawan...
Singa juga menjadi lesu tanpa dorongan kekuatan kawan-kawannya....

BEGITULAH PENTINGNYA SAHABAT-SAHABAT...
BEGITULAH KEKUATAN YANG DIPEROLEH DARI SAHABAT...
Salam Rindu buat sahabat-sahabatku...

ALLAHUAKBAR!!!