Assalamualaikum & salam ceria...
Fitrah seorang lelaki yang berkehendak kepada seorang wanita dan seorang wanita berkehendak kepada seorang lelaki adalah satu ruh dan perasaan yang dicampakkan oleh Sang Pencipta kepada hambanya. Tidak normal bagi seseorang yang cuba menafikan fitrah suci ini. Sesungguhnya setiap makhluk ciptaan dijadikan berpasang-pasangan. Siang dan malam, cerah dan gelap, putih dan hitam, baik dan jahat, pahala dan dosa, baru dan lama, cantik dan hodoh, lelaki dan wanita. Allah berfirman dalam Al-Quran:
Dalam konteks fitrah cinta manusia yang berkehendakkan pasangan, perkahwinan merupakan satu jalan dan medium yang dihalalkan oleh Allah. Perkahwinan bukanlah satu cara untuk mencapai kehendak nafsu semata-mata bahkan sebagai satu agenda besar dalam kehidupan menuju puncak cinta Raja Segala Cinta yang diredhai sekaligus menunaikan kemurnian fitrah manusia.
ومن كل شيء خلقنا زوجين لعلّكم تذكّرون
Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan agar kamu mengingati (kebesaran Allah).
(Az-Zariat:49)

وانكحوا الأيامى منكم والصالحين من عبادكم وإمائكم، إن يكونوا فقراء يغنهم الله من فضله والله واسع عليم
Dan nikahkanlah orang-orang yang masih bujang di antara kamu dan juga orang-orang yang layak daripada hamba-hamba sahayamu lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaNya. Dan Allah itu Maha Luas (pemberianNya) dan Maha Mengetahui.
(An-Nur:32)
Fitrah cinta yang suci ini umpama air jernih bercampur lumpur andai didirikan dengan kehendak diri tanpa kebergantungan kepada Allah. Cinta yang berpaksikan nafsu semata-mata tiada bezanya antara manusia dengan haiwan bahkan lebih teruk lagi. Perkahwinan yang mulia ini bukan sekadar melepaskan syarat untuk ditunaikan, pelbagai persediaan yang rapi diperlukan. Betapa besarnya pandang sisi Rasulullah tentan perkahwinan ini sehingga baginda bersabda:Dan nikahkanlah orang-orang yang masih bujang di antara kamu dan juga orang-orang yang layak daripada hamba-hamba sahayamu lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaNya. Dan Allah itu Maha Luas (pemberianNya) dan Maha Mengetahui.
(An-Nur:32)
Perkahwinan itu sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada sunnahku, maka dia bukan dalam kalangan umatku.
Jodoh boleh diinterpretasikan sebagai pasangan hidup seseorang sama ada lelaki mahupun perempuan. Satu-satu pasangan yang dikatakan secocok merupakan jodoh yang baik. Namun, dalam Islam Rasulullah menghuraikan ciri-ciri umum dalam memilih pasangan khususnya buat lelaki:
Dinikahi wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka pilihlah dalam perihal agamanya, kamu akan berbahagia.
Dalam memilih pasangan hidup yang akan bersama-sama mendalami erti hidup ini, perihal agama mestilah menjadi aspek utama bagi memastikan kesinambungan hidup itu berpaksikan cinta yang mulia, cinta Allah dan RasulNya. Jodoh pada pandangan Islam merupakan pasangan hidup yang telah memegang status suami atau isteri yang sah, bukan mempunyai hubungan cinta tanpa ikatan yang sah. Tidak digelar jodoh bagi sesebuah pasangan lelaki dan perempuan sehinggalah akad nikah dilafazkan.
Kata orang, jodoh itu di tangan Allah. Kita hanya mampu berusaha untuk mendapatkan jodoh yang terbaik dalam hidup. Dengan asas agama, tambahan ciri-ciri lain ditingkatkan dalam mencari pasangan hidup masing-masing supaya bakal pasangan adalah yang saling memahami antara satu sama lain.
Kita sebagai insan kerdil, makhluk Allah yang begitu fakir dan miskin tidak layak dan tidak berhak untuk mempersoalkan jodoh kita. Allah tidak melihat pada hasilnya tetapi Allah akan melihat usaha dan amal kita. Kita berusaha ataupun tidak, ketentuan jodoh itu pasti. Segala yang berlaku pada masa lepas, sekarang dan akan datang sudah tercatat di Luh Mahfuz.
Niat yang ikhlas dan suci itu akan membantu dalam usaha ketentuan jodoh. Hati yang menjadi ibu amalan ini akan sentiasa berubah-ubah selaras dengan doa yang digalakkan untuk diamalkan:

يا الله، يا مقلّب القلوب، ثبّت قلوبنا على دينك وعلى طاعتك
Ya Allah, Wahai Yang Maha Membolak-balikkan hati-hati, tetapkanlah hati-hati kami atas jalan agamaMu dan jalan ketaatanMu.
Kesimpulannya, dengan usaha dan doa serta istikharah yang dibuat di samping persediaan dalaman sejak ditaklifkan sebagai hamba Allah lagi, maka berserahlah bulat-bulat kepada Allah. Yakin dan bersangka baiklah dengan segala ketentuanNya. Allah Maha Pengasih dan Penyayang tidak akan menjadikan sesuatu yang berlaku di alam ini tanpa sebab dan hikmah. Hidup ini tidak indah tanpa hubungan yang baik dengan Maha Pencipta. Janganlah kita sendiri yang mencemari keindahan hidayah dan taufik yang dikurniakan Allah. Jodoh itu takdir, jodoh itu rahsia ketentuan Allah.
3 comments for this post
alhamdulillah smakin hampir nampaknya.. dah 23 dah sheikh.. hehe
heheheh...cop...hrp tiada personal attack ye...ana hnya menulis jee...
tulisan matang!