Politik Kehidupan Muslimin

By Hafizuddin An-Nuri on 12/01/2010 10:40:00 AM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...

Rasulullah S.A.W bersabda:

Adalah Bani Israil, mereka diurusi (siyasah) urusannya oleh para nabi (tasusuhumul anbiya). Ketika seorang nabi wafat, nabi yang lain datang menggantinya. Tidak ada nabi setelahku, namun akan ada banyak para khalifah.

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sesiapa saja yang bangun di pagi hari dan dia hanya memperhatikan urusan dunianya, maka orang tersebut tidak berguna apa-apa di sisi Allah; dan barang siapa yang tidak memperhatikan urusan kaum Muslimin, maka dia tidak termasuk golongan mereka (iaitu kaum Muslim).

(Hadis Riwayat Thabrani)

Pandangan orientalis Barat:

1. Islam bukanlah semata-mata agama (a religion), namun ia juga merupakan sebuah sistem politik (a political system). Meskipun pada dekad-dekad terakhir ada beberapa kalangan dari umat Islam, yang mendakwa diri mereka sebagai kalangan 'modernis', yang berusaha memisahkan kedua sisi itu, namun seluruh gagasan pemikiran Islam dibangun di atas fundamental bahawa kedua sisi itu saling bergandingan dengan selaras, yang tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain.

(Dr. V. Fitzgerald)

2. Islam adalah suatu fenomena agama dan politik. Kerana pembangunnya adalah seorang Nabi, yang juga seorang politik yang bijaksana, atau Negarawan.

(Prof. R. Strothmann)

3. Dengan demikian, jelaslah bahawa Islam bukanlah sekadar kepercayaan agama individual, namun ia menescayakan berdirinya suatu bangun masyarakat yang bebas. Ia mempunyai cara tersendiri dalam sistem pemerintahan, perundangan dan institusi.

(Prof. Gibb)

Umat Islam hari ini sudah menjadi keliru dengan agama sendiri. Islam yang mereka anuti bukan untuk hidup tetapi untuk ibadah khas semata-mata seperti solat, zikir, majlis agama dan sebagainya. Kekeliruan ini menyebabkan umat Islam hari ini terpaksa memilih sebahagian untuk digunakan dalam kehidupan dan meninggalkan sebahagian yang lain.

Islam sebagai the way of life tidak dijadikan perkara utama kerana didikan yang dilalui hari ini adalah didikan agama sebagai ibadah khas. Kesyumulan Islam ditutup oleh pihak-pihak berwajib.

Jika orientalis Barat pun sudah mengakui dan mengiktiraf bahawa Islam dan politik tidak dapat dipisahkan, maka sangatlah malu bagi yang mengaku sebagai umat Muhammad S.A.W memomok-momokkan dengan politik dan agama adalah sesuatu hal yang asing.

Umat Islam hari ini sudah dijumudkan pemikirannya dek kerana agenda beberapa golongan supaya dapat mempertahankan pemerintahan mengikut acuan kuasa dunia hari ini iaitu kuasa Barat. Agenda pemisahan politik dan agama telah dibawa oleh pihak gereja pada suatu d ketika dahulu dan diterapkan dalam diri umat Islam hari ini.

Selagi nyawa dikandung badan, hidup diteruskan, politik tidak dapat dipisahkan kerana ianya melampaui batas kehidupan normal manusia. Islam itu syumul. Islam itu sudah sempurna, tidak perlu menerima sebahagian dan menolak sebahagian. Itulah kekufuran yang nyata.

-Hafizfillah MN

0 comments for this post