Assalamualaikum & salam ceria...
Sensitiviti dan maruah umat Islam hari ini sekali lagi dicabar dan dipermainkan. Hal ini berlaku apabila satu penganjuran Islamic Fashion Festival (IFF) yang telah memperlihatkan tayangan fesyen dan pemakaian yang sangat bercanggah dengan Syariah Islamiyah.
Festival ini telah dianjurkan di Malaysia, bumi bertuah umat Melayu yang dimasyhurkan sebagai negara Islam. Perkara yang sangat mendukacitakan adalah penaung IFF ialah isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansur yang menggelarkan dirinya sebagai Wanita Pertama Malaysia tanpa pengiktirafan mana-mana pihak yang bertanggungjawab atau masyhur dengan nama Bik Mama.
Pertamanya, pertunjukan pemakaian yang ditayangkan oleh wanita secara terbuka adalah haram di sisi Islam kerana ianya jelas melanggar perintah Allah dalam surah An-Nuur, ayat 31:
Ketiganya, fesyen naungan Rosmah Mansur ini telah mencabar sensitiviti umat Islam apabila wujud pemakaian yang sangat menghina Rasulullah, Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam. Hal ini kerana rekaan tersebut telah mempamerkan perkataan nama Rasulullah, Muhammad dengan keadaan terbalik dan ditulis di bahagian dada baju. Sangat keji dan jijik golongan mereka.
Pada hemah saya, golongan ini khususnya Rosmah Mansur bukan tidak mengikut ajaran Islam tetapi mereka telah melanggar peraturan Islam bahkan telah mengulangi sejarah jahiliyah dan membawa ajaran kafir la'natullah ke Malaysia.
Rosmah Mansur yang merupakan isteri kepada ketua kerajaan Malaysia sepatutnya mengajar dan mendidik serta menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat Malaysia dengan ajaran Islam serta peradaban Melayu. Hal ini sangat jelas dan tidak boleh dimaafkan oleh umat Islam di Malaysia.
Perbuatan Rosmah Mansur ini telah menjangkaui fahaman politik serta aliran-aliran lain. Rakyat Malaysia sangat malu mempunyai Wanita Pertama seperti ini. Sangat jahil. Sangat hina. Sangat tidak bertamadun.

Katakan kepada orang-orang perempuan yang beriman, supaya mereka merendahkan pandangannya dan menjaga kehormatannya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali apa yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka melabuhkan tudung hingga ke bawah dadanya.Keduanya, pemakaian yang ditonjolkan adalah sangat seksi dan sedikit pun tidak menepati Syariah Islamiyah. Fesyen yang dipamerkan langsung tidak berbeza dengan fesyen-fesyen lain daripada barat. Bahkan lebih teruk lagi mereka mendakwa fesyen tersebut sebagai fesyen Islam.
Ketiganya, fesyen naungan Rosmah Mansur ini telah mencabar sensitiviti umat Islam apabila wujud pemakaian yang sangat menghina Rasulullah, Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam. Hal ini kerana rekaan tersebut telah mempamerkan perkataan nama Rasulullah, Muhammad dengan keadaan terbalik dan ditulis di bahagian dada baju. Sangat keji dan jijik golongan mereka.
Pada hemah saya, golongan ini khususnya Rosmah Mansur bukan tidak mengikut ajaran Islam tetapi mereka telah melanggar peraturan Islam bahkan telah mengulangi sejarah jahiliyah dan membawa ajaran kafir la'natullah ke Malaysia.
Rosmah Mansur yang merupakan isteri kepada ketua kerajaan Malaysia sepatutnya mengajar dan mendidik serta menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat Malaysia dengan ajaran Islam serta peradaban Melayu. Hal ini sangat jelas dan tidak boleh dimaafkan oleh umat Islam di Malaysia.
Perbuatan Rosmah Mansur ini telah menjangkaui fahaman politik serta aliran-aliran lain. Rakyat Malaysia sangat malu mempunyai Wanita Pertama seperti ini. Sangat jahil. Sangat hina. Sangat tidak bertamadun.
0 comments for this post