Selamat Datang Ke Taman Ilmu & Budi

By Hafizuddin An-Nuri on 7/06/2010 11:57:00 AM

Filed Under: ,

Assalamualaikum & salam ceria...

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini diserbu beribu-ribu manusia dari seluruh pelosok dunia termasuklah dari Malaysia sendiri. Pendaftaran pelajar-pelajar baru untuk kemasukan tahu pertama ke UIAM bermula hari ini. Pelajar dari tempatan rata-ratanya diserap dari Pusat Asasi UIAM Nilai dan Petaling Jaya dan juga lepasan tingkatan enam.

Maka bermulalah kehidupan mereka sebagai seorang mahasiswa yang sinonim dengan agen perubah walau di mana jua. Mahasiswa hari ini sepatutnya sudah tiada lagi ideologi buku teks semata-mata. Yang bermaksud, kehadiran mereka ke kampus universiti hanyalah semata-mata menghabiskan silibus pengajian dan menjadi graduasi seterusnya bekerja.

Mahasiswa hari ini perlu sedar bahawa mahasiswa adalah anak muda dan anak mudalah yang akan merubah negara mereka. Jika di Indonesia, naik turunnya negara mereka bergantung kepada mahasiswa. Begitu juga neagra-negara demokrasi lain. Walaupun Malaysia menyekat kemaraan gerakan mahasiswa, itu bukanlah penghalang yang besar.

Mahasiswa juga perlu tahu bahawa ilmu bukan sahaja dari pensyarah tetapi inisiatif diri sendiri. Pembacaan hari sangat penting dan ianya bukan semata-mata pembacaan untuk subjek atau kursus yang diambil, malah mestilah wujud pelbagai bahan bacaan dalam kalangan mahasiswa supaya intelek mahasiswa lebih tinggi dan terbuka.

Bak kata seorang abang senior, Ridhuan Hussin yang juga merupakan pimpinan Ma'ruf Club UIAM dalam laman facebooknya:

Musim budak2 baru masuk kampus. Perangai semua nampak baik. Pijak semut pun x mati.Tgk lepas 2 mggu ni mcmana plak. Jom BULI mrk. Buli dgn tazkirah & fikrah. Sblm mrk dibuli dgn rokok & gejala sosial.

Justeru , semua pihak termasuklah Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), pimpinan-pimpinan kelab dan persatuan serta senior-senior mestilah membantu adik-adik yang baru menganali alam kampus sebenar ini dengan memberi pendedahan yang terbaik kepada mereka, bukannya mengajak mereka ke arah jalan yang tidak sepatutnya.

"SELAMAT DATANG KE TAMAN ILMU & BUDI"


0 comments for this post