Apabila Haiwan Lebih Sayangkan Anak Berbanding Manusia

By Hafizuddin An-Nuri on 4/14/2010 05:55:00 PM

Filed Under: , ,

Assalamualaikum & salam ceria...

Baru-baru ini dilancarkan satu kempen secara besar-besaran iaitu kempen Kami Prihatin . Kempen ini berteraskan projek amal kemanusiaan . Faktor pendesak tercetusnya kempen ini berikutan pembuangan bayi yang sangat berleluasa dan melampau dalam tempoh terdekat ini . Dari sehari ke sehari berita penemuan mayat bayi atau pun bayi yang masih hidup dilaporkan di akhbar-akhbar tempatan hari ini . Setiap hari kes ini diakatakan berlaku . Hal in sangat menyayat hati bagi sesiapa yang masih berjiwa seorang manusia .

Kes zina di Malaysia sememangnya berlaku sejak dahulu lagi . Tidak dapat dinafikan remaja-remaja hari ini sudah tidak menganggap zina sebagai satu dosa besar lagi bahkan mereka bangga dek kerana jumlah yang terlibat dengan gejala zina ini terlalu banyak . Ada yang ditangkap dan dikesan , namun sejauh mana sangat yang berjaya dicegah sebelum terlanjur . Sedangkan Allah telah berfirman ,"Dan janganlah kamu menghampiri zina..." .

Sudahlah satu dosa besar telah dilakukan , ditambah lagi dosa dengan yang besar jugak seolah-olah "Jatuh ke dalam lubang yang besar , terdapat pula ular yang bersedia membaham" . Pembunuhan bayi secara berleluasa hari ini sangat dikecam pelbagai pihak . Diharap pihak-pihak tertentu dapat bertindak secara besar-besaran terhadap kes ini . Seorang perempuan yang melahirkan dan terus membunuh anak itu dan yang menggugurkan janin mereka sangat dihina kerana hati mereka sebagai seorang ibu untuk manusia sudah tidak ada .

Ada pihak yang berkata ,"Kita sangat sedih , kalau pun tidak mahu anak itu , tolonglah jangan bunuh mereka dan hantarlah kepada orang lain untuk menjaganya" . Terbaca dalam Utusan Malaysia :

Melihat tubuh bayi tidak berdosa tergolek dengan kesan gigitan nyamuk, dihurungi langau, digonggong anjing, terperosok dalam timbunan sampah dan tersangkut di dalam longgokan sampah di sungai, apakah kita perlu berdiam diri?







Anak-anak tersebut yang masih suci bersih tanpa sezarah pun dosa akan terus dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab .

Kepada ibu-ibu yang mengandungkan dan melahirkan mereka perlu bertaubat kerana dosa mereka ini bukan sebarang dosa . Zina dan pembunuhan .

Semoga pihak mengambil isu ini sebagai isu besar dan bertindak secara besar-besaran kali ini termasuklah kerajaan , NGO , wakil rakyat dan semua rakyat . Ibu bapa juga diseru untuk memastikan anak mereka tidak bergaul bebas dan menjaga diri daripada terlibat dengan pergaulan antara lelaki dan perempuan seperti bercinta yang bakal membawa ke lembah perzinaan dan akhirnya insan yang bernama bayi menjadi mangsa kerakusan nafsu mereka .

SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com

hafizmn88@yahoo.com.my


0 comments for this post