Mulut VS Buat

By Hafizuddin An-Nuri on 3/10/2010 10:49:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...


Kepada sahabat sekampus ,

Hari ini ramai ahli gerakan mempunyai satu kemahiran yang amat dibanggakan yang mana dengan kemahiran ini menyebabkan semua pihak akan memandang mereka yang mempunyai kemahiran ini dengan pandangan tinggi dan hebat . Kemahiran itu adalah kemahiran bercakap .

Pada pendapat saya , kemahiran ini menjadi begitu bahaya dan sangat mengancam kerana bercakap adalah satu cara untuk menarik perhatian pelbagai pihak . Sindrom bercakap hebat seolah-olah semakin menjadi-jadi tidak kira daripada golonngan kuli sehinggalah golongan goyang kaki . Selagi mulut kurniaan Allah tidak dibisukan selagi itu pelbagai kata-kata akan didengar .

Dilihat fenomena ini semakin menjadi gila apabila ianya hanya keluar dari mulut tanpa perbuatan . Sebagai contoh , seseorang itu boleh bercakap berdegar-degar dengan pengisian yang sangat mantap dan mengkagumkan semua pihak . Semangat semasa bercakap seolah-olah menunjukkan bahawa dia akan berada di barisan hadapan apabila berperang , namun hal ini sangatlah menyedihkan apabila hanya pandai bercakap semata-mata .

Sangat hebat memberi kritikan , dengan hujah sepatutnya buat seperti ini dan itu , tetapi apabila diseru untuk menampal poster , yang terpegun yang tidak pandai langsung bercakap dan hanya mendengar yang turun untuk melakukan kerja kuli ini . Apabila diseru untuk turun demonstrasi , yang jahil tidak pandai yang turun untuk berhadapan dengan pihak polis .

Di manakah mereka yang hebat ini ?
Apakah perlu mereka ini dijemput dengan surat VVIP untuk turun berjuang ?
Adakah mereka ini golongan elit ?
Apakah benar mereka berjuang untuk Islam ?
Atau ingin disanjungi semata-mata ?
Di manakah janjimu ingin menginfakkan diri untuk Islam semata-mata ?
Perlukah berkira dengan Islam ?

Wahai manusia yang hebat sekalian , saya selaku orang yang hanya mengikut dan masih jahil ini ingin mengajak kalian semua untuk realisasikan kata-kata anda . Tidak hanya sekadar bercakap dan mengkritik tetapi cukuplah dengan tunjuk ajar kelakuan kalian . Tidak perlu bercakap berapi-api andai kalian hanya mahu disanjungi .

Tidak dinafikan kemahiran berpidato amat diperlukan pada hari ini , namun ianya menjadi masalah besar apabila semua hanya pandai bercakap , hanya beberapa kerat sahaja yang melaksanakan .

Perkongsian ini ditujukan kepada semua sahabat yang berada pada jalan perjuangan berdasarkan aqidah islamiyah . Seinfiniti kemaafan andai kata bahasa yang digunakan terlalu kasar .

اللهم ثبّت قلوبنا على دينك وعلى طاعتك

SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com

hafizmn88@yahoo.com.my

0 comments for this post