Kita Dan Mereka

By Hafizuddin An-Nuri on 8/14/2009 11:34:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...

Kali ini saya lebih tertarik untuk berbicara tentang satu kenyataan yang keluar dari mulut naqib kesayangan saya iaitu mengenai pendidikan yang kita lalui bermula dari kecil hingga dewasa . Apakah kita berasakan bahawa kita melalui sistem pendidikan yang betul apabila dihantar ke sekolah berbanding mereka yang tidak dapat ke sekolah ? Adakah kita beruntung pada hakikatnya?

Jika dibandingkan dengan ulama' era kegemilangan Islam dahulu , kita sangat terpesong dengan ajaran atau pendidikan yang sebenar . Jika mereka bergelar hafiz al-quran , maka mereka jugalah pakar perubatan , mereka jugalah pakar kejuruteraan , mereka jugalah pakar ekonomi dan sebagainya .

Tetapi kita hari ini , dikala menyingkapi dan ingin mencontohi mereka , tidak mengikut aliran yang betul dengan cara Islam . Jika mereka dahulu dikenalkan terlebih dahulu dengan pengajian al-quran , hadis dan ilmu-ilmu fardhu ain yang lebih kepada ilmu kerohanian seperti menghafal al-quran , aqidah dan sebagainya . Tetapi kita hari ini ingin memperkenalkan ulama' profesional dengan cara pakar dalam bidang profesional dan cukup sebagai seorang muslim .

Kita hari ini , ilmu al-quran entah ke mana tetapi dilatih untuk mahir dan bijak dalam matematik , matematik dan matematik . Sehinggakan bijak dalam kepeningan dibuat oleh pendidikan sebegini .

Kesimpulannya , dimanakah tahap kita berbanding dengan mereka ? Apakah hanya ingin mempelajari sejarah secara teori ? Dan mengenali tokoh-tokoh ulama' profesional seperti Ibnu Sina dan Al-Khawarizmi semata-mata . Maka fikirkanlah apa tindakan kita walaupun sekecil-kecil usaha .

Wallahua'lam .

SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com

hafizmn88@yahoo.com.my


3 comments for this post

Salam...

Corak pendidikan seseorang itu semasa kecil ditentukan oleh ibu bapanya. Lazimnya seorang itu akan melalui peringkat atau fasa pendidikan yang sama semasa kecil iaitu bermula dari sekolah tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan seterusnya bergantung pada pencapaian yang diperolehi. Namun begitu, jenis pendidikan yang diterima sesorang itu juga turut ditentukan oleh ibu bapa iaitu sama ada pendidikan dunia sahaja atau akhirat sahaja atau kedua-duanya. Lazimnya, ibu bapa lebih menekankan pendidikan dunia semata-mata kerana berfikir apabila berjaya nanti boleh la bekerja dengan gaji yang tinggi untuk keselesaan hidup apabila besar nanti. Kebahagiaan hidup di dunia yang sementara sahaja difikirkan berbanding kehidupan kekal di akhirat sana. Jadi ramai la bakal lahir pakar-pakar dalam bidang ilmu keduniaan berbanding pakar-pakar dalam ilmu akhirat iaitu pejuang-pejuang Islam yang akan menaikkan martabat Islam di mata dunia. Jadi sama-sama la fikirkan yang mana lebih memberikan produktiviti terbaik. Tepuk dada tanya iman.

Wallahua'lam.

Posted on August 15, 2009 at 1:27 AM  
mhafizuddin mnoor

salamwarahmatullah...

hmm...
makaseh for ur opinion...

smile alwayss...

Posted on August 16, 2009 at 8:02 PM  

erm. ni ade kaitan ngan pemikiran islam masa kini.
scr positifnya; di era globalisasi nih kite mmg sebaiknya melangkah ke arah kemodenan, tapi apa yg penting, islam x ketinggalan.
sbb tu ade dua pihak dulu. satu yg mengsekularisme kan pendidikan. kedua; belajar scr moden, tapi nilai2 dlm Islam, diterapkan.
dlm dunia yg maju dan mcm2 cabarn nih, pembelajaran scr tradisional atau konservatif, nampaknye x sesuai utk diaplikasikan dlm kehidupan skrg. Allahu`alam.

Posted on August 25, 2009 at 1:16 AM