Assalamualaikum & salam ceria...
Sungguh membosankan bagi diri ini apabila hanya perlu berada di rumah .
Tapi tidak menjadi masalah...kerana jadual seharianku akan aktif selepas zohor iaitu habisnya waktu sekolah .
Tugasku adalah memandu kereta ke sekolah adikku yang berasingan dan membawa mereka pulang .
2 orang di sekolah rendah dan seorang di sekolah menengah .
Kalau jadual sama maka sekali round dah ambil ketiga-tiga orang adikku .
Kalau adikku yang sekolah menengah balik lewat , maka 2 round jugalah .
Sepanjang menjaga nenek , aku melihat gelagat nenek dari dulu sampai sekarang , memang betullah kata-kata yang didengari selalu .

gambar hiasan
Semakin lama , semakin menjadi-jadi perangainya sehinggakan ku terlintas yang nenekku ini seperti budak kecil pula .
Itulah yang kudengari selalu :
BAYI - DEWASA - TUA - BAYI
Bermula dari kehidupan bayi dan berakhir juga dengan kehidupan bayi .
Jadi tidak perlulah kita marah atau tidak selesa dengan orang tua apabila umurnya semakin meningkat .
Kerana kita juga akan menjadi seperti mereka pada suatu hari nanti .

0 comments for this post