Hiasi Jumaatmu

By Hafizuddin An-Nuri on 9/23/2011 08:41:00 AM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...



Disunat bagi khatib dan lainnya mengangkat dua tapak tangan pada ketika dibaca doa khutbah yang kedua inilah jika tiada takut khatib itu gugur daripada mimbar dan jika takut ia (khatib) maka tinggal akan dia (angkat kedua tapak tangan).

Dan sunat bagi orang yang mendengar akan khatib mengangkat akan suara dengan selawat atas Nabi صلى الله عليه وسلم pada ketika menyebut oleh khatib akan nama Nabi seperti katanya (االهم صلّ وسلّم عليه) atau (صلى الله وسلّم عليه) dan seumpama selawat atas Nabi itu الترضى daripada sahabat Nabi dan keluarganya pada ketika disebut oleh khatib akan nama mereka itu seperti katanya (رضي الله عنه) atau (رضي الله عنها) atau (رضي الله عنهما) atau (رضي الله عنهم) atau (رضي الله عنهنّ) dan apabila berlaku pada khatib menyebut nama Allah harus bagi orang yang mendengar berkata (جلّ الله) atau (عزّ الله) atau جل جلاله kerana membesar akan dia (Allah).

Dan datang ورد (datang hadis) bahawasanya barang siapa membaca akan فاتحة dan قل هو الله أحد dan قل أعوذ برب الفلق dan قل أعوذ برب الناس tujuh-tujuh kali pada tiap-tiap satunya itu kemudian daripada salam sembahyang Jumaat dahulu daripada memindah akan dua kakinya nescaya diampun baginya barang yang telah terdahulu daripada dosanya dan barang yang kemudiannya dan diberi akan dia daripada pahalanya dengan sebilang-bilang mereka yang beriman ia dengan Allah dan RasulNya dan dijauh akan dia daripada yang dibencinya hingga Jumaat yang di hadapannya.

Dan sunat membanyakkan minta doa pada harinya kerana menuntut waktu اجابة dan membanyakkan membaca surah الكهف dan selawat atas Nabi صلى الله عليه وسلم pada harinya dan malamnya. Dan sunat membanyakkan daripada bagi-bagi kebajikan pada keduanya (hari dan malam) dan hendaklah dijadikan harinya itu hari amalan akhirat jua. Dan sunat mandi pada harinya dengan niat mandi sunat Jumaat bagi orang yang berkehendak hadir pada sembahyangnya (Jumaat).

Dan sunat membersihkan dirinya daripada segala yang kotor-kotor yang ada pada badannya dan pakaiannya dan daripada bau yang keji-keji daripada keduanya (badan dan pakaian) kerana harinya itu hari raya yang berulang-ulang pada tiap-tiap tujuh hari sekali lagi yang terlebih أفضل daripada segala hari yang lain daripadanya. Wallahua'lam.

Petikan kitab jawi هداية الصبيان في معرفة الإسلام والإيمان (Petunjuk Kanak-Kanak Dalam Mengenal Islam Dan Iman) oleh Abu Abdullah Husain Nashir Bin Muhamad Thaib Al-Mas'udi Al-Banjari.


Cerita Tentang Kekasih

By Hafizuddin An-Nuri on 9/03/2011 02:39:00 PM

Filed Under: ,

Assalamualaikum & salam ceria...




Qasidah Muhammadiah

مَحمّد اشرف الأعراب والعجم
محمد خير من يمشى على قدم


Muhammad adalah termulia di hadapan Arab dan bukan Arab
Muhammad sebaik-baik manusia yang berjalan di bumi ini

محمد باسط المعروف جامعه
محمد صاحب الإحسان والكرم


Muhammad adalah luas kebaikannya, Dialah pengumpulnya
Muhammad penghulu segala kebaikan dan kemuliaan

محمد تاج رسل الله قاطبة
محمد صادق الأقوال والكلم

Muhammad adalah mahkota para Rasul Allah seluruhnya
Muhammad adalah benar dalam kata-kata dan pertuturan

محمد ثابت الميثاق حافظه
محمد طيب الأخلاق والشيم


Muhammad adalah tetap pada janjinya
Muhammad itu cantik akhlak dan rupanya

محمدرويت بالنور طينته
محمد لم يزل نوراً من القِدَم


Muhammad tanah semadinya disirami Nur
Muhammad bercahaya sejak dahulu lagi

محمد حاكم بالعدل ذو شرف
محمد معدن الإنعام والحكم


Muhammad seorang hakim yang adil yang mempunyai kemuliaan
Muhammad adalah kunci segala ni'mat dan hikmah

محمد خير خلق الل من مضرٍ
محمد خير رسل الله كلهم


Muhammad adalah semulia-mulia makhluk Allah dari kaum Mudhar
Muhammad itu semulia-mulia Rasul Allah seluruhnya

محمد دينه حق ندين به
محمد مجملا حقا على علم

Muhammad agamanya adalah kebenaran yang kita anuti
Muhammad adalah kebenaran yang sebenar-benarnya

محمد ذكره روح لأنفسنا
محمد شكره فرض عاى العمم


Muhammad ingatan kepadanya seperti ruh bagi kita
Muhammad penghargaan kepadanya wajib bagi kita

محمد زينة الدنيا وبهجتها
محمد كاشف الغمّات والظلم


Muhammad adalah penghias dan penghibur dunia
Muhammad adalah penghapus duka dan kegelapan

محمد سيّد طابت مناقبه
محمد صاغه الرحمن بالنعم

Muhammad penghulu yang suci perbuatannya
Muhammad diberikan sebaik-baik ni'mat oleh Allah

محمد صفوة البارى وخيرته
محمد طاهر من سائر التهم


Muhammad adalah insan pilihan Allah sebaik-baik makhluk
Muhammad adalah suci daripada segala tohmahan

محمد ضاحك للضيف مكرمه
محمد جاره والله لم يضم


Muhammad senyumannya buat tetamu lagi memuliakan
Muhammad jirannya demi Allah tidak dizalimi

محمد طابت الدنيا ببعثته
محمد جآء بالآيات والحكم


Muhammad alangkah indahnya dunia dengan kehadirannya
Muhammad telah datang dgn mu'jizat dan hikmah-hikmah

محمد يوم بعث الناس شافعنا
محمد نوروه الهادى من الظلم

Muhammad kelak di hari kebangkitan dialah pemberi syafaat kita
Muhammad cahayanya ibarat penyuluh hidayah daripada kegelapan

محمد قائم لله ذو همم
محمد خاتم للرسل كلّهم


Muhammad tidak putus-putus menghadap Allah dengan penuh harapan
Muhammad adalah penamat sekalian Rasul Allah seluruhnya.



Ulama Agung: Tuan Guru Haji Hashim Abu Bakar Pondok Pasir Tumbuh

By Hafizuddin An-Nuri on 9/02/2011 12:00:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...


Biodata:

Nama:Tuan Guru Hj Hashim b. Hj Abu Bakar
Tempat lahir:Seberang Pantai Johor, Alor Setar, Kedah.
Tahun lahir:1923M
Pendidikan:
  1. Belajar di Darul Ulum ad-Diniah, Mekah dari tahun 1936 hingga 1939
  2. Belajar di Madrasah Irsyadiah Tuan Guru Hj Abdul Rahman Hj Abdullah, Merbuk, Sungai Petani,Kedah pada tahun 1942
  3. Belajar di Pondok al-Marhum Tuan Guru Hj Ghazali Batu 26, Bagan Datoh,Perak pada tahun 1940
  4. Belajar di Pondok Lebai Idris Hitam, Kampung Air Hitam, Jetra, Kedah pada tahun 1944 selama 2 tahun
  5. Pada tahun 1946 belajar di Pondok Bunut Payong dengan Tuan Guru Hj Abdullah Tahir sehingga tahun 1953
  6. Pada tahun 1953 beliau berkahwin dengan adik Tuan Guru Hj Mustafa dan Tuan Guru Hj Abdul Aziz bin Abu Bakar pengasas Pondok Pasir Tumboh.
Perkhidmatan:

1. Mengajar di Pondok Pasir Tumboh bersama 2 orang iparnya dan menggantikan tempat sebagai Penguasa I atau Mudir setelah kematian keduanya sehingga sekarang.
2. Beliau juga menjawat jawatan sebagai Pengerusi Pusat Pembangunan Pondok Berhad mulai 1995
3. Tokoh Hijraturrasul 1428H peringkat Kelantan
4. Menerima anugerah gelaran Dato’ Paduka daripada Pemangku Sultan Kelantan pada tahun 2010
Kembali ke rahmatullah pada 1 Syawal 1432H bersamaan 30 Ogos 2011M pada jam 1.10 tengahari dan disemadikan di tanah perkuburan Islam Pondok Pasir Tumboh pada jam 6.30 petang. Al-Fatihah.

Sumber: Kehidupan Tauhid

Semoga dengan pemergian al-marhum, lahirnya berjuta lagi ulama pelapis yang mewarisi perjuangan dan ilmu para nabi. Ya Allah, hidupkanlah kami dengan kehidupan ulama dan matikanlah kami dengan kematian para syahid di jalanMu.

"Ulama adalah pewaris Anbiya"